13 July 2010

CHARITY MARATHON

Salam Sayang semua...

Dalam beberapa bulan kebelakangan ni Abg Bear memang mengaktifkan semua tubuh badan untuk kembali fit (kembali?? pernah fit ker?? hehehe) atau sebenarnya nak meng'push' body yang dah semakin senja ni untuk menghadapi hari tua. Tua itu harus tapi biarlah kita jadi orang tua yang hebat baik dalam apa pun lebih lebih lagi kesihatan kita.

Pandang lah kiri dan kanan dan saksikan bahawa ramai sekali orang orang tua yang terpelihara kesihatannya melebihi orang muda hanya kerana mereka ambil berat tentang ni ketika mudanya.

Nasihat dari kawan Abg Bear dulu, 'Life start at 40... by 40 kalau sihat akan sihat terus, kalau sakit akan sakit terus' so... amat amati lah tahap kesihatan anda sentiasa yer.


Berbalik story Abg Bear, pada 27hb June 2010 hari tu bertempat di Padang Merdeka, Kuala Lumpur, telah diadakan satu larian (atau kita popular panggil marathon) oleh salah satu bank kat Malaysia ni... Standard Chartered dan di namakan sempena nama diorang lah... Standard Chartered KL Marathon.

Difahamkan oleh Dr Shah, ini merupakan event marathon yang paling besar di KL nih. Disertai oleh lebih 16,000 perserta dlm pelbagai kategori... 40km, 21km, 10km, 5 km dan macam macam lagi. Ramai jugak kengkawan kami kat KL yang ikut serta termasuk jiran kami dulu... tapi sebab dia slim dia masuk yang 4 kali ganda lebih jauh dari kami. Cayalah!!!


Abg Bear ngan Dr Shah sebab terlalu beginner dalam mende mende macam ni amik yang Fun & Family run untuk 5km saja. Takleh nak tunjuk terrer sangat karang ke ambulan pulak, naya nooooo. Gitu gitu pun kami abis jugak taklah corot sangat taklah depan sangat. Yang Abg Bear suke tu diorang benarkan Abg Bear gunakan tag name Beruang Madu... so maknanya diorang particular lah mende mende macam ni dan buat dengan cermat. Suke lah... permulaan amende pun kita akan rasa susah tapi bila dah start akan mudah. Kan??


Dah balik ke KK nih, kami sekali lagi ikut marathon yang juga turut disertai oleh beberapa ramai kengkawan kami kat sini. Sutera Harbour Sunset Charity Run 2010. Estimate ada 10K orang ikut lari tanpa ketegori, maknanya semua lari 7km, tapi takder hadiah untuk pemenang.


Best nya marathon ni, kami lari kejar mengejar just untuk fun yang betul betul fun... hambik ko merah merah muka nak habiskan nafas... tapi syok memang syok. Berbanding kat KL tu, kat KK ni kami lari kat jalan flat jer, so senang lah sikit.


Habis petang tu Abg Bear jalan jalan ke tepi laut kat Sutera Harbour ni menikmati keindahan sunset kat sini yang dikatakan antara 10 tercantik di dunia. Datang lah KK dan nikmati keindahanya... hehehehe tag beruang madu...


Salam Sayang Beruang Madu

5 comments:

Shah said...

Congrats sekali lagi. Tahun depan kita join Borneo Marathon jom. Byk masa utk train kategori 21km tu :-)

Josh said...

Waaaa... jeles lah tengok badan Shah tu, dah semakin mantap, dah tak nampak perut! Abg bear punya nampak! (rujuk gambar Abg Bear dan Shah bersama)

Beruang Madu said...

Shah - ada Borneo Marathon... boleh jugak tu... ada kategori lagi dahsyat tak? hahahahaha tu mau 5 jam baru siap tu

Josh - abang tak sempat nak tarik nafas tu... hehehehe

@xiM said...

salam bang bear..maaf aritu tak sempat nak jumpa masa kat KL..times constraint..harap abang faham..

Beruang Madu said...

Azim - takper... kita celebriti celebriti ni faham tugas memasing... dont worry...