Salam Sayang semua...
Yang korang tahu dan (Abang Bear) AB tahu dan kita semua tahu, lately AB suka wat aktiviti luar (outdoor... kalau korang tak paham melayu lah), sampai hitam legam dibuatnya kulit AB. Kengkadang tu heran gak kat orang tempatan yang dok berjemur gak tapi gelap lite lite jer, tapi AB habis hangus.
Dari jalan ke Tamparuli tu kami dapat lihat dengan jelas Gunung Kinabalu masih lagi terang benderang
Pada bulan lepas minggu ke berapa tak ingat, AB ngan 'partner in crime' (PIC) bercadang nak panjat bukit. Beberapa minggu sebelum tu kami asyik naik Bukit Padang je tetiap hari, jadi dah tak begitu mencabar sangat kat situ, peluh pun dah malu malu nak keluar. Masa memula naik kat Bukit Padang tu dah macam mandi peluh dah tapi sekarang sikit sikit jer keluar peluh.
Jadi badan kena dicabar untuk yang lebih lasak dan lebih ganas sikit. Jadi, cadang punya cadang, kami setuju nak naik Bukit Piramid kat Tamparuli atau nama rasminya Bukit St Veronica. Kami tukar nama sebab bukit tu rupanya sebijik macam piramid.
Inilah jalan tak rasmi untuk naik ke Bukit Piramid tu... denai kecik jer
Awal pagi lagi kami pegi dan siap dalam tengah haritu... perjalanan ke puncak tu tidak ler panat sangat sebab ikut denai laluan orang, kalau kat sana ada tangga maka kita akan rasa terlalu penat sangat tapi ni denai, pun gitu peluh keluar mencurah curah jugak. Mana mana tempat cantik, kami stop kejap pose pose istimewa sebab cuaca masa tu redup jadi gambar akan menarik... kalau panas sangat payah nak cantik.
Permandangan pekan Tamparuli dari atas Bukit Piramid
Konon cerita kawan, kat tempat ni tetiap tahun masa Krismas, penganut Kristian akan panjat beramai ramai dan sembahyang kat puncak tu. Sampai kat puncak sana, kami tengok ada tanah lapang macam tempat landing UFO pulak dan sebenarnya bukit tu menghadap ke Gunung Kinabalu. Tapi masa kami datang tu, Kinabalu dah pun ditutup awan... takper lah... dah biasa tengok Kinabalu.
Mana tempat boleh pose cantik... akan stop sedut oksigen dan pose cantik kat situ...
Stop jugak kat batu besar berlatarbelakangkan Pekan Tamparuli... asyikkk stopppp jer... bila nak sampai nih?? (AB kena marah!!)
Konon nya kami nak 'tan' kan badan (nak tann?? tadi kata dah hitam legam!!), tapi baru je bukak baju, habis kami kena hurung ngan agas agas yang bersaiz besar... gatal punya pasal kami stop dan turun ke bawah. Perjalanan turun lebih susah dan slow dari perjalanan naik... ni bukan macam Gunung Kinabalu yang ada tangga boleh lari lari, tu pun ada satu tempat AB dah jatuh berdebub macam nangka busuk, malu kat PIC, muka tahan sakit tapi kontrol macho.
Pose pose fenattttt... kat memana... AB maintain macho walau penat, peluh mencurah curah...
Inilah puncak Bukit Piramid tu yang ada tanah lapang, kat belakang tu ialah Gunung Kinabalu tapi sayangnya dah tertutup awan masa kami sampai
Lamaaaaa dah AB teringin nak datang sini bergambar... jambatan Tamparuli yang dimasyhurkan dek lagu Masha tu... baru ni lah dapat bergambar tapi tu bukan disebabkan kulit AB yang dah hitam tapi cahaya matahari kat belakang tu kuat sangat sampai gelap gambar tu... yang belakang AB tu lah bukit Piramid tu
Bestnya dapat explore tempat baru, kami akan terus lagi dan lagi explore tempat yang baru kat sini sebagai cabaran untuk aktiviti outdoor kami... bayang kan ada berapa bukit bukit tinggi kat sini yang kalau kat Semenanjung tu dah ketegori gunung dah tu. Bayangkan saja bukit Piramid ni hampir setinggi Gunung Triang kat Kedah sana... syok tak dengar? Syokkan!!!
Salam Sayang Beruang Madu
5 comments:
gunung triang tu kat mana ekk tak penah dengar pun kat kedah ni**matilah kana carut sat lagi**
Hang Gunung tau ka Gunung Triang?? Betul ker nama gunung tu aku sebut nih... ni sapa yang salah ni Nazz... kena bunuh ni kalau salah statement nih...
Permandangan pekan Tamparuli dari atas Bukit Piramid - eh mcm sama permandangan kt pulau pinang laa. yg ade kebun durian tu.
Gunung keriang la abggggggg
dah kurus mr bm!
Post a Comment