31 July 2010

PENJELAJAHAN GUNUNG TRUS MADI (BHG 2)

Salam Sayang semua....

Sambungan dari pendakian Trus Madi (asyik tersasul je tertaip Trus Madu... hik hik)...

Lepas kami berehat dalam 10 minit gitu kat starting point, kami pun terus lah memanjat. Ibarat orang yang pegi menyelam, sebalik muka mencecah ke dalam air, satu dunia berbeza akan muncul tiba tiba, begitu lah jugak dengan tempat ni. Sebaik kami masuk ke dalam hutan tu, satu dunia berbeza dari dunia kebiasaan Abg Bear muncul.

Maklumlah Abg Bear mana pernah panjat mana mana gunung dan dulunya sangat penakut dengan hutan, kecik punya hutan pun takut inikan lagi yang besar gini. Tapi sekarang dah okay dah berani.


Kalau kami datang dulu dulu kira kira enam bulan lepas, perjalanan dikatakan adalah lebih teruk dari yang kami lalui hari tersebut. Ini disebabkan banyak penambahbaikkan telah dilakukan oleh Jabatang Hutan (JH) di dalam tempoh enam bulan kebelakangan ni. Contohnya, kalau dulu korang takkan mendaki dengan track kat sini, korang akan redah hutan betul betul hutan dan potensi untuk sesat amat tinggi sebab tak tahu arah.

Tapi sekarang, JH telah tebas habis laluan untuk ke puncak dengan disiapkan akar akar untuk dipegang dan sedikit tangga tangga kayu di sana sini. Walaupun laluan tu sempit hanya untuk seorang saja dapat lalu tapi kita dapat agak ke arah mana kita harus teruskan untuk bergerak.


Macam yang Abg Bear cakap, kitorang dah bazirkan kira kira 2 jam dan start mendaki dalam pukul 10 lebih. Sekarang kami tak dapat nak duga jam berapa kami akan keluar dari hutan tebal Trus Madi nih. Perjalan pegi taklah sesusah mana sebab kami masih bertenaga, bekalan air masih ada, bekalan makanan masih cukup, keadaan bumi masih kering dan kami sangat excited nak ke puncak.

Tapi tangga tangga akar kayu yang semakin lama semakin tinggi mula melambatkan perjalanan Abg Bear sekaligus melambatkan perjalanan yang lain. Setiap kali dapat melepasi tangga tinggi, Abg Bear terpaksa ambil nafas dan semakin tinggi kedudukan semakin sukar untuk bernafas.


Abg Bear puji Si Bad yang duduk belakang, berjalan sambil ambil gambar, pose sini pose sana dah tu menyanyi nyanyi lagu Jamal Abdillah, hamboihhhhh... langsung tak penat... rilex dan tenang jer dia. Jeles aku... Abg Bear dah dekat 100 kali nak putus nafas nih.. jauh nak enjoy flora fauna bagai.

Bila Bad tunjuk baru lah nampak, stop kejap, senyum dan amik gambar, kalau tidak, tersemput semput nak memanjat. Kalau korang mendaki dengan Abg Bear, akan dengar dengan kuat nafas Abg Bear dah macam orang semput tapi sebenarnya Abg Bear terpaksa bernafas dengan mulut untuk menyedut sebanyak mungkin oksigen.


Dari ketinggian 1000m, naik ke 2000m, naik lagi 3000m... semakin jauh perjalanan semakin susah, udara semakin sejuk dan sudah mula ada titik titik awan, kami dah berhenti banyak kali, Taman Sulaiman, Taman Bunga dan ntah apa apa taman lagi. Kami puji pemantau dari JH yang sabar dengan kerenah kami, tolong ambil gambar lagi... hehehe.


gambar diambil oleh Bad: keindahan Flora di hutan ni memang memukau

Berbeza Gunung Kinabalu yang sekali saja menaik dan menurun, Gunung Trus Madi dikatakan mempunyai banyak puncak yg palsu. Kita sangka kita dah sampai puncak rupa nya belum lagi. Ada satu point, di antara dua puncak tu, ada laluan semacam koridor, keliling dipenuhi pokok pokok bonsai dan berjarak antara tebing tu lebih kurang 5 meter dengan batu nipis di tengah tengah. Itu ialah penyambung antara dua puncak yang di sebelah tebingnya ialah jurang jauh ke bawah beribu ribu meter. Dan tanah tempat berpijak tu lembut saja dan rupa rupanya itu cuma lumut saja.


Menuruni dengan tali dan berpijak pada pokok dan batu saja dan di bawah tu hanya jurang dalam beribu ribu meter... erghhhh kalau 10 tahun dulu jangan mimpilah aku nak buat memende ni semua

Dengan dikelilingi kabus tebal, jarak pengelihatan kami cuma beberapa meter saja. Abg Bear pun heran bagaimana boleh sebegitu berani waktu di situ. Tidak ada rasa takut, tidak ada rasa gayat malah Abg Bear boleh pandang ke bawah ke jurang tinggi tu lagi. Pada masa menurun koridor tu lagi kecuraman dia cukup mencabar. Kalau Abg Bear mengada ngada dan melemahkan tangan ke apa ker, pakai nampak terjunlah aku ke jurang dalam, menyusah kan orang jer nanti.


tanah dipijak rupanya hanya lumut dan berjarak beberapa meter saja antara satu tebing ke satu tebing... tu kaki Bad, saja nak tunjuk bertapa mudahnya tergelincir kalau tak hati hati

Melepasi kawasan tu kami akhirnya sampai ke kabin lebih kurang jam 3 petang. Ini sudah lewat, perjalanan sudah mula kelam kabut sebab kami tak bermalam di sini. Kabin yang Abg Bear maksudkan ialah khemah besar yang menggunakan kanvas sahaja dengan beberapa katil di dalam tanpa sleeping bag atau sebarang kemudahan termasuk elektrik. Hanya air dan tandas yang ada. Dengan kesejukkan yang mula mencucuk tulang, kami teruskan perjalanan ke puncak yang berbaki 1500m lagi.


penat cemana pun bila ambil gambar tetap kena senyum beb... cantiknya area bonsai nih...

Kesilapan disini bila kami hanya pakai baju nipis sedangkan di puncak terlalu sejuk. Cuaca petang menambahsejukkan lagi suhu dan kami mula menggeletar. Awan tebal yang lalu di puncak bersekali membawa hujan, telah menambah sengsara kami. Air jadi sejuk roti jadi sejuk, dan walaupun kami akhirnya sampai juga ke puncak, kami tak betul betul dapat menikmati kejayaan kami kerana terlalu cuaca dan kami sampai kira kira jam 4.15 petang. Ini benar benar diluar schedule kami.


Akhirnya dapat ku tawan puncak Trus Madi walau dlm keadaan tak begitu enjoy

Kami tergesa gesa turun untuk mengelakkan hari gelap. Tapi dalam perkiraan Abg Bear, walau sebagaimana pantas sekalipun, kami tetap akan melalui hutan Trus Madi dalam gelap malam. Perjalanan turun lebih sengsara lagi dari perjalanan naik sebab hutan ni sudah mulai basah dek hujan. Segala akar kayu yang kering pagi tadi semuanya dah jadi licin. Batu batu yang nampak mudah masa menaik menjadi sukar semasa menurun.


Kalau di Kinabalu, kita boleh bertukar selipar untuk turun tapi di Trus Madi itu tak boleh dilakukan sebab perjalanan turun naik tetap berlaku walau pun sewaktu menurun gunung. Hasilnya, hampir di setiap banir turun Abg Bear akan tergelincir macam nangka busuk, gedebub gedebab terduduk terlentang. Syukurnya ketika hutan mulai gelap, kami sudah pun melepasi kawasan mendaki dan hanya perlu menurun.


Abg Bear dan Bad bergambar kenang kenangan di puncak

Tak dapat dibayangkan kalau dalam gelap pun kami terpaksa memanjat tali yang berjurang dalam sebelah menyebelah tu. Kalau diluar gelap, di dalam hutan tebal tentu lebih gelap lagi kan? Logiknya begitu. Awal awal lagi kami terpaksa menggunakan lampu suluh untuk bergerak and of course lebih banyak lagi yang Abg Bear jatuh terduduk terlentang, habis semua bahagian badan cedera, kedua dua lutut, dua dua lengan, kepala terhantuk dan tercucuk duri, segala galanya kena dan seluar baju habis kotor comot tak terkata.

Tapi teruskan juga, kami dah terlewat sangat, tak ada masa untuk berhenti berbelas kasihan. Teruskan dan teruskan, mesti keluar, mesti keluar dari hutan ni dan jarak kami masih berbaki 2000m lagi.


Sejauh mata memandang, hanya awan putih menyelimuti kawasan ini

Akhirnya kami sampai jugak ke starting point kira kira jam 8.15 malam. Dengan kelajuan sebegitu tinggi, bergerak dalam gelap dan sejuk, tetap kami siapkan dalam empat jam, slow jugak. Aduhhhhh.... macam nak tercabut kepala lutut kami.


berhenti rehat dengan pemantau dari JH - Hally

Masa pegi pagi tadi kami dah banyak lalui kehampaan bila terpaksa berjalan jauh sebelum mendaki disebabkan tanah runtuh. Bila kami keluar dari hutan Trus Madi, kami hampa sekali lagi bila kenderaan yang sepatutnya menunggu di starting point, tiada di sana. Jadi kami terpaksa berjalan lagi semula ke tempat di mana tanah runtuh berlaku pagi tadi.

Kalau pagi tadi kami berjalan mendaki, kali ni untuk balik kami terpaksa menurun sejauh 7 km lebih, dan ini adalah siksaan teruk kepada kami. Waktu ni sepatutnya kami tukar kepada sandal saja tapi kami malas disebabkan terlampau penat dan hasilnya kuku jari kaki kami sakit semua.


Perjalanan menjadi sangat perlahan dan menyakitkan kaki dan hati dan memakan masa berjam jam untuk sampai ke tempat tanah runtuh. Dari jam 8.15 malam kami sampai juga kira kira jam 11.30 malam dan dalam keadaan sakit seluruh badan, letih yang melampau tu, kami sekali lagi hampa bila kenderaan yg dijanjikan akan menunggu di situ, juga tak ada. Semangat kami menurun dengan teruknya, hampir saja kami putus asa dan nak tidur saja di tengah tengah hutan tu.


Pemantau JH mengajak kami untuk berjalan lagi menuju ke gate kerana seluas luas kawasan hutan ni, di gate itu saja yang ada kehidupan manusia. Adalah bahaya untuk tidur di tengah tengah hutan pada malam malam begitu bimbangkan hujan atau binatang buas. Dengan hati dan langkah yang semakin lemah, kami ikutkan pujukan dia kerana itulah satu satunya harapan yang masih ada untuk kami pada malam tu.

Entah berapa jauh kami berjalan selepas itu, mungkin 10km jauhnya dengan semangat dan tenaga yang tinggal 0.5% agaknya dan satu sama lain saling memujuk supaya masing masing tak rebah. Ini kerana sepanjang 10km tu seluruhnya perjalanan mendaki sahaja.


Betapa letihnya Bad pada masa ni dah lebih lagi lah Abg Bear. Kami terus berjalan bertemankan cahaya bulan di dalam hutan yang senyap sunyi tak bersuara. Yang kami dengar cuma sahutan suara kami memanggil pemantau JH yang dah bergerak jauh ke depan dan juga air sungai. Yang lain semua membisu, heran juga kan dan disebabkan kepenatan melampau, setiap dari kami mula berhalusinasi, ada nampak rumah, ada nampak mesin, ada nampak simpang, makhluk aneh dan macam macam lagi.


Punya lah jauh perjalanan tu akhirnya kami sampai ke gate kira kira jam 2 pagi dan kalau dicongak congak kami telah pun melalui 18 jam berjalan kaki terus menerus (rehat 10 minit tak boleh ambil kira) dan 23 jam tanpa tidur. Ini terlalu extreme untuk manusia biasa dan pemantau kami beritahu bahawa ini pengalaman pertama dia begini dan alang kepalang orang biasa tentu tak mampu nak buat.


Baiknya pemantau kami (Hally namanya) sebaik sampai ke gate dia terus masakkan kami makanan sambil kami bersiap siap bersihkan badan untuk tidur. Bad sudah tidur lepas bersihkan badan tak sempat nak makan, penat dan letih dia, kesian Abg Bear tengok dia, belum pernah Abg Bear tengok dia seletih begini.

Hally pun penat tapi dia dah susah payah buatkan kami makanan so Abg Bear pun makan lah sedikit dan kami berborak sekejap sebelum kami tidur. Sebaik saja meletakkan kepala, hujan pun turun di gate tu, hmmmm apalah nasib kami kalau kami berputus harap dan tidur di tengah hutan dalam keadaan hujan lagi, lega selega leganya dapat sampai ke sini walau penat dan jauh berjalan.


Keesokkan paginya kami bangun agak lewat kira kira jam 9, cuaca redup dan sejuk jadikan tidur kami best sangat, lagi dalam susah payah begitu. Abg Bear sempat juga minum minuman air panas pagi tu dan sebaik baik saja driver kami sampai dia terus explain yang kereta dia sangkut dan tak boleh lepas walau dia sudah tukar 2 kereta.

Pagi tu dia sampai dengan pembantu yang bawa cangkul jadi dia dapat lepas. Kami senyum saja tapi jauh dalam hati memang tak puashati dengan alasan tu. Cubalah dia melakukan perjalanan kami semalam, pasti walau bagaimana sekalipun dia tetap akan berusaha untuk ambil kami di starting point. Walau tak sampai ke destinasi sepatutnya, kami tetap kena bayar penuh. Apa boleh buat, dalam keadaan terpaksa kami bayar juga dan niat kami untuk cepat cepat keluar ke Pekan Tambunan.


pagi selepas mendaki: di sana lah Gunung Trus Madi yang jadikan kami lebih jantan lagi

Bila sudah di Pekan Tambunan, hati yang sakit dan marah dan panas dah jadi sejuk. Cakap cakap semalam yang tak mahu panjat lagi Gunung Trus Madi pun hilang. Kami bertekad untuk datang lagi dan naik lagi tapi kali ni kami akan bermalam di kabin atas dan kami akan tunggu musim kering untuk mengelakkan kejadian yang sama. Selepas bersarapan besar, kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu.


Trus Madi: walau bagaimana sekalipun kami tetap akan kembali

Inilah pengalaman Trus Madi, pengalaman yang paling extreme sekali yang pernah kami lalui setakat ini. Next mungkin Gunung Everest...

4 comments:

Anonymous said...

best2!! menchik lah tak reti nak ajak JR... **dush2

Anonymous said...

uwaaaa.... everest lagi.
frostbite nanti wohh
[ulat gendon]

Beruang Madu said...

Jr - alamak bro... nikan time nak carik pengalaman nak tengok mana patut hindarkan ke apa ker... next time lah kita pegi reramai...

Ulat Gendon - Tu diorang pegi tak perpare bebetul agaknya... cemana orang lain panjat Everest tu ok jer.. Budak UiTM tu panjant... elok jer.. boleh buat!!!

@xiM said...

bravo bravo!!congrats abang bear sebab dah tak takut pada ketinggian dan semua extrem outdoor ni..meter kejantanan semakin meningkat!!likes!!

teringin nak panjat Gunung Kinabalu tapi tak taw bila..