Salam Sayang semua...
Entry sebelum ni cerita apa yang berlaku sebelah malam sebelum hari pernikahan kawan kita Cute Panda (CP) atau Saifuddin Ahmad tu. Habis makan, balik dan membadak lah... life is simple. Walau cerita nikah ni adalah cerita 1000 tahun tapi kalau wat simple akan jadi simple.
Gitulah konsepnya. Kalau kat Vegas tu, tengah dalam keta pun boleh nikah, pas tu ada rekod kira dah kahwin, ni Abg Bear (AB) tengok kat TV lah. Tu cara diorang, kita kat sini ada adat lah, nak kena orang tahu yang anak dara kita ni dah dimilik orang, sebab tu orang kita kahwin wat besar besar... tujuan satu negeri tahu dia dah berpunya.
kedatangan rombongan pengantin disambut sanak saudara belah perempuan
Itu pengantin ngan ayahnya... segak dan tenang jer dia pagi tu... tak gugup tak ngelabah
Sebelum naik ke atas... sessi fotografi, bagus family CP ni... rajin pose pose cantik
Dua mempelai sedang bersiap sedia untuk dinikahkan
macam biasa family interframe... lumrah bah itu... amik berkat kata orang
Pagi tu kami pepagi lagi dah siap nak ke rumah pengantin perempuan. Sukalah nak beritahu yang kami ni bersanggar kat pekan Sipitang tu jer kat salah satu hotel kat sana, so siang malam lah kami ni berangkut ke rumah pengantin dengan beberapa kenderaan.
wah wah wah...ko ni kan.. sempat dapat jodoh tu.. pantang lepa kejap tau.. tapi apa apa pun AB happy for you and your Dato', semoga bahagia hingga ke anak cucu.... apa!!?? dah ada cucu!!! ok ok kejap jer lah tu... opssss!!!
orite... susana riuh rendah disebab kan oleh generasi kedua... makan jumpa kawan dan happy all day long... 'masuk FB ni bah...!!!'
Pagi ni hari nikah. CP akan jadi suami orang pagi ni dan belum pernah lagi kami dengar pada zaman zaman IT nih, orang tak jadi nikah sebab habis kena sakat dek Tok Kadi atau pengsan masa nikah sebab terlalu gugup, boleh kata semuanya menjadi belaka (errr yg AB tak tahu tu tolak tepi yek... tu AB tak tahu, lain cerita).
penjelasan akhir kepada Tok Kadi, untuk pasti kan semua berjalan lancar... karang tak pepasal kena ulang nikah lepas 2 minggu pasal slack sana sini... diorang suruh jugak Abg Bear jadi saksi tapi sebab masih belum akil baligh lagi kan.. so batallah.. takper nanti Abg Bear dah remaja sikit dah mimpi basah, barulah boleh jadi saksi... kan??
Dua keluarga besar terpisah lautan akhirnya bersatu dengan satu perkahwinan... ahhhh indahnya dunia!!
Jadi kerana tu pengantin lelaki kita ni fulamak punya lah cool, AB pulak yang gelabah, kejap kejap betulkan songkok, kejap kejap betulkan sampin, kejap kejap muka shinning takder compact powder... maklum lah mana ada mak andam kat situ... aku lah mak andam nya... sedeyyy...
Sampai kat umah pengantin lepas tu pun diorang kata mak andam dah chowwww... eh tak wat bisnes ke mak andam nih... time time ginilah nak wat networking kan.. yer tak?? Last last adik beradik lah yang melumur compact powder kat pengantin dan pengantinnya wat tak kisah jer... bagus betul, tak menggelabah tak gugup.
checking lagi sebelum khutbah nikah
pengantin perempuan ni nampak gugup jugak tapi sebab Abg Bear suruh senyum kan... terus dia senyum... sapa sapa yang pernah kena amik gambar ngan AB akan tahu... mengarahhhh jer kerjanya tapi hasil memang cantik (masuk bakul tak nih??)
Sampai sampai kat sana... tu dia, rupanya Tok Kadi dah sampai awal (ini first time AB jumpa Tok Kadi awal, selalu memang pengantin tunggu Tok Kadi... hehehe advance pengantin nih), sib baik Tok Kadi ni jenis peramah, abis diusik usiknya pengantin, kalau tak AB sibuk amik gambar mau aku ikut terbahak bahak ketawa, naya jer tetiba ada suara beruang kuat kemain. Lagi satu si CP ni kan... ada ka dia kenalkan kat family dia nama AB ni Beruang!!! dah semua panggil beruang... nak shoot gambar panggil 'Abg Beruang... sini sini!!' hissss.... keji tau!!
pengantin diminumkan air anti-gugup sebelum nikah... is it??
Lepas semua dokumentasi dah siap, saksi pun dah ready... pengantin pun dah ready, pengantin disuruh minum air, tak pasti air apa tak pulak AB tanya sebab masa tu malas nak update blog jadi tak amik pusing tapi agaknya lah... air tu nak hilang gugup... takkan penerang hati pulak? Nih sapa sapa yg dah kahwin tolong jawabkan. Lepas tu dimulakan dengan rehearsal, bagus Tok Kadi mengajor, tak der banyak soal sangat, tetiba teringat masa Tijah Murai kahwin dulu, ringkas dan mudah... gitu caranya, orang nak buat mende baik kita mudahkan... yer tak?
Doa dan khutbah nikah
Dan dengan sekali lafaz... Syaifuddin Ahmad telah SAH menjadi suami orang, bahagianya tengok!!!
Bila dah siap semua dah siap rehearsal pun dah, maka kawan kita yang dulu bertepuk tampar, yang manja ngan AB, yang tersipu sipu kalau kena usik ngan AB kan... dah jadi suami orang dengan sekali lafaz saja. Sayu hati pun ada... kalau dia berubah kepada yang baik, syukur sangat dan kalau dia masih baik macam tu plus dah kahwin, satu mende extra untuk semua orang.
doa lepas nikah
Selepas nikah, dah selamat jadi suami orang tu, AB terlepas satu partlah... Din hang ada buat sujud syukur ka? AB sibuk keluar sebab kepanasan. Masa tu esp masa nikah tu, dah macam celebriti dah dia punya banyak nya kamera. Yang DSLR jer ada tiga, yang compact ada berpuluh dah tu yang hp lagi toksah cakap... bersinar sinar pengantin sebab flash non-stop.
Dah lah AB ni saiz saiz benggali kan (opsss... saiz apa tu?? body lah) jadi nak dapat angle yang cantik tu payah lah sangat... berebut rebut orang, jadikan ruangan nikah tu ngam ngam untuk pengantin dan yang wajib wajib jer, keluarga lain tu pakat nampak buntut kami jer lah. Sebab tu dah tak larat berlama, AB keluar kejap amik angin. Agaknya time ni lah CP wat sujud syukur sebab dia cakap ngan AB dia nak buat dan family pun suruh jugak.
membatal air sembahyang
Samalah kan cuma ini part mengucup isteri
mengucup tangan suami
Abg Bear: 'Salah... buat sekali lagi.. jangan laju laju, orang nak amik gambar nih!!!' pengantin pompuan cuma senyum jer (dlm hati: wat macam kampung dia jerrr!!)
upacara menyarung cincin
upacara memakai gelang tangan
dan mempelai pun disandingkan dengan cara yang sederhana tapi sangat sangat meriah
bergambar bersama ibu dan bapa pengantin lelaki
acara bertemu keluarga tua, berkenalan sekaligus mendapat restu
dan bergambar bersama keluarga lelaki pulak
Part seterusnya ni part yang romantik, pengantin akan melakukan upacara batal air sembahyang, lepas tu kucup isteri, lepas tu isteri cium tangan suami lepas tu sarung cincin, lepas tu pakai gelang tangan, lepas tu suami isteri mengadap ibu bapa mertua dan sanak saudara. Semua nya dicerita kan dalam gambar kerana sekeping gambar mewatakkan seribu perkataan, sekarang kita ada 50 keping lebih... bacalah sampai muntah yer...
lepas tu pengantin akan turun ke bawah dan diperkenalkan satu persatu dengan kaum keluarga sebelah perempuan
Sampai kat makcik ni kelakar sikit bila yang bawa pengantin kenalkan bahwa makcik ni Mak Ngah ke gitu... jadi yang 'Oooo' kan tu bukan pengantin lelaki tapi yang pompuan. So CP pun terus sound isteri dia, 'tak kenal ke sedara sendiri??' Kalau AB lah terus cabut tiara tu terus singsing lengan... hehehe first gaduh lepas nikah... sebab tu lah aku tak kahwin agaknya.. fengsannn!!!
kat Sabah ni kebanyakkan rumah nya bertiang tinggi, bukan sebab takut banjir, ada banyak gunanya selain dari tempat parking keta, bila majlis majlis macam ni, tak perlu banyak2 khemah kan.. bawah rumah boleh guna...
pengantin pun makan bawah rumah jer
Sorry yer kak (yg kiri sekali tu) ada tiga keping gambar semua muka pengantin lelaki tak semenggah, ada tengah kunyah, ada tengah menguap, yang ni jer elok, tetiba akak pulak tengah mengunyah... takleh nak tolong lah yer, next time kalau Abg Bear kira satu dua tu, yang kat dalam mulut tu terus telan.. kalau tercekik pose cantik dulu lepas tu baru minum...
Sebelum balik adik beradik pengantin lelaki amik gambar kenang kenangan kat Sipitang utk orang lain tahu, walau korang dah ke London ker Paris ker, korang tetap lom pegi Sipitang... akak dahhh!! gitu kaedahnya...
Selamat Pengantin Baru Cute Panda, Abang Bear dan seluruh rakan taulan mendoakan semoga Din bahagia selama lamanya.
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment