Salam Sayang semua...
Pada hari Sabtu 24hb Julai 2010 bersamaan dengan 12 Syaaban, Abg Bear dan teman seperjuangan Bad (bukan nama sebenar, bukan jugak Badrul bukan jugak Badlishah, bukan bukan, bukan tapi singkatan dari Badang sebab dia kecil tapi gagah perkasa orangnya) telah melakukan ekspidisi yang paling esktreme yang pernah kami buat iaitu mendaki Gunung Trus Madi .
Boleh yer Bad guna nama tu? Boleh tu... dia diam jer tanda setuju tu.
kenderaan 4WD yang kami gunakan tersangkut dlm lumpur selut dalam perjalanan ke gate
Memula Abg Bear nak cerita tentang Gunung Trus Madi tu sendiri. Alkisah, gunung paling tinggi di Malaysia ni ialah Gunung Kinabalu, itu semua orang tahu. Tapi gunung kedua paling tinggi ialah Gunung Trus Madi yg juga letaknya di Sabah ini diantara daerah Tambunan dan juga Keningau, itu ramai orang tak tahu. Ianya berketinggian 2,462 meter atau 8,669 kaki dari aras laut dan berjarak pendakian sejauh 4,900m dari titik mula sampailah ke puncaknya.
dalam perjalanan ke gate kami terlihat ada projek perumahan rakyat termiskin di sini... dengan jalan yang begini teruk, projek sebegini jauh ke dalam agak menghairankan
Tali dipasang pada tayar untuk menambah bunga... supaya tayar boleh bergerak
Beza Trus Madi dengan Kinabalu ialah, beribu ribu orang mendaki Kinabalu setiap tahun dan cara pendakiannya telah dipermudahkan dengan adanya tangga dan sebagainya, tapi Trus Madi memberi gaya pendakian yang jauh lebih sukar dan mencabar disebabkan oleh bentuk mukabumi dan hutannya yang pelbagai dan ini menyebabkan kurang sekali ianya di daki sepanjang tahun.
Lihatlah keadaan jalan yang berselut lumpur dalam... 4WD pun tak lepas
Bukanlah tak ada orang mendaki langsung tapi kurang sangat. Pada masa kami mendaki tu, hanya kami berdua dengan seorang pemantau dari Jabatan Perhutanan yang ada dalam hutan tebal Trusmadi tu, jadi bayangkan lah bertapa sukarnya dari segi itu saja.
Habis dah pengenalan pasal Trus Madi dan kami, kita ceritakan gimana semua ni bermula.
Pada tahun lepas, Abg Bear kali pertama mendengar nama Trus Madi ni dan mula berisik risik ke sana ke mari tentang gunung ni. Pada masa tu tumpuan lebih kepada Gunung Kinabalu tapi disebabkan gunung Trus Madi ni berketinggian separuh dari Gunung Kinabalu, Abg Bear berhasrat untuk mendakinya dulu sebagai latihan permulaan.
Cerita cerita tentang gunung ni dah mula didengar begitu begini ttg macam mana sukarnya memanjat gunung ni. Mulanya Abg Bear tak percaya. Masa tu Abg Bear masih takder kawan yg baik yang boleh sesama bersusah senang kalau nak mendaki ni sampailah Abg Bear rapat ngan Bad. Bad ada kecenderungan yg sama yg sukakan outdoor dan kami setuju sama sama nak panjat Trus Madi nih.
Seorang pagawai Jabatan Hutan manyambut kami di pintu masuk yang cantik berbentuk rama rama...
Selepas setuju, kami telah ke Tambunan sebanyak dua kali semata mata nak survey dan bila dah cukup segala info dan kerja kerja admin pun dah selesai, maka kami pun berangkat lah pada tarikh di atas. Persediaan peralatan dan fizikal telah dimulakan beberapa minggu sebelum dari tu. Kami kerap mendaki beberapa bukit di sekitar Kota Kinabalu termasuk Bukit Padang yang paling kerap dan juga Bukit Piramid dan juga kami mula mengerahkan fizikal kami melebihi dari takat biasa.
Setiap hari Abg Bear berjogging 10km, berenang 1.2km, ber gym dan mendaki Bukit Padang hanya untuk mencabar badan supaya bersedia menghadapi kesukaran Trus Madi. Persediaan yang lama ni lah yang menyebabkan berat Abg Bear susut, bagus jugak tu... nanti Raya Puasa naiklah balik...kan??
keadaan kasut sebelum memanjat gunung saja pun sudah begini kotor berselut
Pada pagi Sabtu, 24hb tu kami bergerak awal dari Kota Kinabalu kira kira jam 4 pagi dan sampai Pekan Tambunan lebih kurang dalam jam 5.30 pagi, kami bangun pun pagi tu lebih kurang jam 3 pagi. Plan asal kami ialah kami akan mendaki lebih kurang jam 6.30 atau paling paling pun jam 7 pagi sebab kami rancang untuk turun pada hari yang sama dan tidak berlama lama di atas dan tidak bermalam.
Tapi pagi tu hujan turun dari sebelah malamnya menjadikan bumi Tambunan basah dan jalan masuk ke pintu masuk ke 'starting point' berselut tebal. Suka diberitahu bahawa untuk masuk ke dalam, hanya 4WD sahaja yang boleh digunakan disebabkan jalan nya berlumpur tebal. Kenderaan biasa tak boleh lalu dan kami dah cuba dan gagal.
Tengok... kemain suka lagi dah sampai gate... nanti lah sengsaranya ko rasa... hehehe
Bad bergambar kenang kenangan dengan pegawai2 jabatan hutan dan jugak driver kami
Tu Abg Bear nak tunjuk nama yg tertulis kat white board kat gate masuk tu
Sedang melakukan pendaftaran di pintu masuk... kalau sesiapa ke sana tengok ada nama Abg Bear kat sana
Lebih kurang jam 6 pagi kami gerak dari Pekan Tambunan ke pintu masuk lebih kurang 7km dari jalan luar. Hujan yg turun pada malam tu hingga ke pagi telah menyebabkan jalan dipenuhi lumpur dan kenderaan kami tersangkut. Di sini saja kami telah membazirkan kira kira setengah jam.
Satu cara yg dilakukan driver kami ialah dengan memasang tali untuk menambah bunga pada tayar 4WD dan kemudian kami cuba lagi beberapa kali, akhirnya lepas juga. Tadi hampir hampa tapi sekarang lega, dalam perjalanan tu ada beberapa lagi kawasan lumpur tebal tapi dapat lah kami teruskan dan kami sampai ke pintu masuk kira kira jam 8 pagi.
siap siap nak berangkat ke starting point
Sejenis keladi yang cantik kat gate tu... udara sejuk menyebabkan pokok pokok senang tumbuh di sini
gate - arah keluar...
Setelah disambut oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Hutan dan setelah urusan pendaftaran dibuat, kami pun mula bergerak lagi dengan dua orang pemantau merangkap guide menuju ke 'starting point'. Rasa teruja memang kuat masa nak mula bergerak walau tadi hampir tersekat terbantut. Sampai di satu bahagian sungai, kami dapati ada halangan kedua iaitu tanah runtuh. Mulanya driver kami cuba untuk lalu ikut sungai di bahagian bawah jalan tu tapi kenderaan yg dibawa tak cukup tinggi dan bimbang air atau batu akan pecahkan enjin kenderaan disebabkan paras air yang tinggi.
Arus sungai yang deras dan paras air yang tinggi menghalang pergerakan kami dari arah sungai
Jadi kami cuba juga naik ke bahagian atas jalan dan disitu kami tersekat, tanah runtuh dengan berpokok segala. Aduh... sedikit semangat dah mula turun. Masa ni Abg Bear dah tak boleh berfikir sama ada nak teruskan atau patah balik. Apa yang kami kecewa disini ialah sepatutnya Jabatan Hutan ada usaha untuk bawa cangkul dan gergaji untuk alihkan tanah, kami pun boleh bantu kalau perlu.
begini lah tanah runtuh yang sederhana yang boleh diubah sedikit kedudukannya dan kami sudah boleh lalu, tapi sampai kami balik tanah ni tak berusik
Bad bergambar kenang kenangan dengan tanah runtuh
permandangan dari atas tempat tanah runtuh keadaan sungai yang berarus deras
Permandangan hutan Trus Madi dan sekeliling nya... senyap sunyi yg terlalu sunyi sebenarnya
Tapi kami dicadangkan untuk berjalan ke starting point yang kononnya 5km dari tempat tanah runtuh tu. Disebabkan Abg Bear tanak usaha ni gagal, Abg Bear setuju untuk berjalan lagi pun setakat 5km saja. Tapi rupanya silap, jalan ke 'starting point' tu hampir keseluruhannya mendaki, jadi walau 5 km pun penatnya bukan kepalang dan lebih buruk lagi, setelah sampai barulah kami tahu jarak tu sebenarnya lebih dari 5km, mungkin 7 mungkin lebih. Tertipukkkk...
Dari atas tanah runtuh tu kami menurun jalan ini ke bawah sungai dan mula kan perjalanan dari sana
Guide kami mencuba air sungai di sini.. bagusnya dia ni tak takut nak minum air air begini.. kami pun terikut ikut
bergambar kenang kenangan masa tenaga masih banyak lagi sebelum kami bergerak ke 'starting point'
Mula kan perjalanan
Oleh kerana jalan semua mendaki, baru separuh jalan, kami berdua dah kepenatan
Akhirnya sampai juga ke 'starting point'... kalau tak betul betul memang kami dah give up sebab belum mula memanjat lagi kami dah penat. Abg Bear ngan Bad bergambar kenang kenangan kat starting point
Tapi dalam sakit hati dan bengang tu kami sampai juga ke 'starting point', masa ni Abg Bear tak tahu yang Bad dah kepenatan. Mintak maaf yer Bad... Abg Bear excited sangat, sampai kat situ kami rehat dalam 10 minit. Untuk berjalan dari tanah runtuh ke 'starting point' tu saja pun kami dah bazirkan hampir dua jam. Segala galanya sudah lari dari schedule asal dan disebabkan itu, pendakian seterusnya adalah sangat mencabar, menyakitkan dan kami hampir hampir putus asa.
Bersambung....
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment