02 August 2010

PENJELAJAHAN GUNUNG TRUS MADI (BHG 3) - FLORA & FAUNA

Salam Sayang semua...

Walau bagaimana hebat sekalipun pendakian Gunung Trus Madi, namun permandangan dan kehidupan di atas memberikan satu kesan luarbiasa di dalam hati kami. Sekeping gambar dapat memberikan maksud kepada 1000 perkataan. Saksikanlah kehebatan flora dan fauna di atas Gunung Trus Madi.



Kemudian hampir keseluruhan bumi hutan Trus Madi diseliputi oleh tumbuhan lumut yang pelbagai bentuk dan ketebalan menjadikan buminya agak anjal dan hijau bagaikan padang rumput, sesuatu yang sangat menarik untuk dinikmati.


Dan ini adalah sebahagian dari tumbuhan yang kami temui disepanjang kami berada di dalam hutan Trus Madi.

Bagaimanapun, kami agak sukar untuk bertemu mergastua (haiwan melata) atau pun unggas (haiwan terbang) di dalam hutan ni. Sekalipun agas atau nyamuk memang hampir tak nampak. Yang dapat ditermui hanya dua haiwan berikut dan juga 2 lagi yang tak sempat di rakam iaitu tupai dan juga pacat (itupun seekor jer). Ini menambah hairan pada hutan di sini.

Ulat Gonggok spesis Trus Madi yg jarang ditemui, malah ini kali pertama kami lihat spesis ni

Dan burung... ni burung apa yek? Korang nampak tak? Kat tengah tengah tu hampir sama warna ngan kayu tu.

Salam Sayang Beruang Madu

2 comments:

cucu awang teh said...

subhanAllah!!cantiknya...

@xiM said...

tak nampak lah gambar burung tuh..
singa gunung takder jumpa?
beruang madu takder jumpa?
hehehee