Kesibukan kerjaya membataskan masa bersenam. Tapi anda perlu tahu bahawa senaman tidak semestinya dibuat di gym sahaja. Senaman juga boleh dibuat di rumah, di pejabat atau di taman rekreasi. Mulakan dengan senaman mudah, berjalan!
Manusia mula berjalan sejak berusia sembilan bulan. Berjalan adalah kemahiran, kemestian dan ramai menganggap berjalan juga satu hobi. Hari ini berjalan juga dilihat sebagai senaman.
Berjalan sebagai senaman terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah lumba jalan kaki, berjalan mendaki bukit, berjalan meredah hutan, volksmarching, Nordic walking dan pendakian jarak jauh.
Di sesetengah negara, berjalan sebahai hobi dikenali juga sebagai pendakian (Utara Amerika), bersiar-siar (rambling) di Britain atau mengembara (tramping) di New Zealand. Malah di Britain satu pertubuhan berjalan dikenali sebagai Ramblers Association memilikki seramai 139,000 ahli.
Melihatkan perkembangan berjalan sebagai senaman, banyak acara berjalan dianjurkan di seluruh dunia. Antara yang terbesar di Nijmegen, Belanda berdekatan sempadan Jerman. Acara ini mengambil masa empat hari.
Mengapa berjalan dilihat sebagai senaman terbaik.
1) Berjalan baik untuk jantung! Ia senaman untuk kardiovaskular, malah berjalan juga bagus untuk meringakan kepala.
2) Berjalan memberikan anda peluang untuk mengosongkan minda dan mencergaskan diri kerana ia bersifat aerobik, ia membantu keadaan jantung.
3) Hujung minggu ini, ambil masa untuk berjalan -jalan di taman rekreasi atau pusat membeli belah sendirian atau bersama keluarga. Ia terapi terbaik untuk menenangkan fikiran.
4) Berjalan mampu menguatkan tulang. Apabila kita berjalan, ia membantu meningkatkan kepadatan tulang dan menghalang berlakunya osteoporosis.
5) Masalah reput tulang bukan saja biasa di kalangan perempuan tetapi juga lelaki. Selain pengambilan kalsium, melakukan senaman menguatkan tulang bagus untuk meningkatkan kepadatannya.
6) Kepadatan tulang mula menurun sebaik saja usia mencecah hujung 20an atau awal 30an. Kebanyakan orang hanya mengetahui tulangnya kurang padat apabila tulang mula rapuh.
7) Berjalan mampu membakar lemak dan kalori. Dengan kata mudah, ia mampu membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul.
8) Berjalan adalah senaman percuma! Anda tidak perlu mengeluarkan belanja membeli alat alat sokongan atau pergi ke gimnasium.
9) Lakukan setiap hari, 30 minit sehari atau mengikut keselesaan anda. Tiada had usia tiada had masa. Lakukan bersama keluarga bukan saja memberi kesan baik kepada kesihatan diri tetapi keharmonian keluarga juga.
Petikan: Berita Minggu
Salam Sayang Beruang Madu
8 comments:
saya plg malas nak bersenam..joging apatah lg...excercise saya mudah je, naik tangga turun tangga kat umah saya tu..hahaha..
part yang paling best pasal berjalan sebab ianya adalah PERCUMA..heheheee..
I like walking.. dan I like the dog the most... hehe
nape gambar abg yaz berjalan takde??? tak nak sihatkan badan ke?? hihih
Wahida - benda yg memula nak buat sebelum bersenam ialah membuang rasa malas tu... kalau tak apa pun takleh nak buat...
Azim - berjalan pantas yg PERCUMA tu boleh menurunkan berat badan dengan lebih effektif... tapi berenang lebih bagus lagi
XiGorX - enjoy the walking bro...
Tijah - nanti kalau ko nampak aku berjalan ko nampak macam tak menjadi pulak....
Post a Comment