25 August 2010

KIERAN AND THE GANG - FIRST DAY (NABALU)

Salam Sayang semua...

Hari pertama kedatangan Kieran and the Gang nampaknya tak beraktiviti apa apa kecuali santai dan makan makan je lah. Itu amalan biasa mana mana orang yang terima tetamu. Makan tu wajib dan sesederhana mungkin tapi nikmat.

Jadi pagi hari pertama ni, kami dah bincang semalam nya masa dinner akan ke Kundasang dulu. Bila sebut Kundasang ni tak lah maksud tempat sayur tu jer tapi maksudnya akan ke Pekan Nabalu atau/dan Kinabalu Park atau/dan Poring Hot Spring atau/dan mana mana jer tempat yang dalam laluan tu. Ada jugak kami plan nak bawak ke Tagal Morali tempat ikan gigit kulit tu dan juga ladang Teh Sabah tapi tu dah jauh sangat dan perlukan komitmen masa bermaksud tua kat jalan lah dan tempat tempat utama ni takleh nak singgah. Kalau tidak, mangkin balik dah gelap masa lalu semula Kundasang tu.

Disebabkan Kieran kali pertama ke Sabah, route pertama jadi pilihan lah. Iaitu Nabalu dan Poring dan kalau sempat Kinabalu Park dan Kundasang (pasar sayur dan War Memorial).

awal pagi lagi dah gerak ke tempat sarapan... tatap macam pelancong kan
Pepagi lagi kami sesiap keluar bersarapan kat Sembulan lagi tapi bukanlah kat restoran yang sama yer. Ni kat restoran paling tepi tu, Sutera Bayu namanya. Karang asyik restoran yang sama jer ada pulak orang kata Abg Bear ada share kat situ kan. Takder yer... cuma suka kat situ merujuk kepada selera saja.

Restoran Sutera Bayu dipilih pagi tu sebab kami dah mesra alam dengan pekerja kat situ dan kami biasalah breakfast memang like a king punya.
Ko tengok king tak kingnya... pepagi jer dah round dua kali ngan tambahan ayam goreng. Hisss nak jalan jejauh ni kena simpan tenaga lah kan... ni lah tenaga tu... hahahaha






Tapi kesian kat sedara kita Kieran yang biasanya tak makan heavy heavy time sarapan nih so dia terpaksa makan telo setengah masak jer ngan roti... apa nak buat pagi sangat kami sampai pun








Dah siap makan tu kami pun gerak ke puncak dengan dipandu oleh Dr Shah yang tak gayat kat tempat tinggi cengini. Dan inilah dia gambar gambar kami kat Pekan Nabalu tu yang memang biasanya jadi tempat orang mengambil gambar kat kaki gunung Kinabalu sebelum bergerak ke tempat lain. Kalau sesiapa ke Sabah, kenalah singgah kat sini yer... wajib tu.

Memula sampai aktiviti biasa ialah melakukan 'Riang Ria Beruang Madu' aksi solo punya...
pas tu baru ler ajak Heri ngan Arel, kelasss... ala ala kekanak rebina hehehe... haaaa dah tu baru ler gambo gambo yang sopan ala ala skema gituh...

Kemudian bila dah habis sessi bergambar kat area pelantar kayu yg dilatarbelakangkan Gunung Kinabalu tu, kami pun bergerak ke kedai kedai jualan yang banyak sangat kat pekan ni. Sehingga hari ni Abg Bear lom pernah ronda habis pekan ni walaupun kalau ikutkan tak ler beso mana, ala ala tapak pasar malam jer tapi setiap kedai tu ada tarikannya sendiri. Meh kita tengok yek...

Kita mulakan dengan kedai paling dekat ngan toilet ni... yang dipegang Ham tu ialah madu lebah dan pada Abg Bear itu asli sebab kalau korang biarkan seminggu, takder mendapan gula ke apa ke... Abg Bear dah beli jadi promosi kat korang lah yang belum sampai, diorang botolkan sekali ngan sarang lebah tu.
Kemudian tu ada gerai gerai cenderamata yg berharga patut. Kalau korang compare ngan Pasar Pilipin tu memang ada lebih murah kat sana ngan beza seringgit dua tapi jangan sedih kalau korang ke Pasar Pilipin tapi corak baju yang ada kat sini tu takder kat sana... kalau berkenan sambar jer... (ikut arah jam dari atas kanan: budak comel anak penjual gerai kat situ, kanan bawah - Abg Bear menang anugerah beruang terbaek di Nusantara ni.. seram jer hadiah dia, bawah kiri - bentuk gerai gerai kat sini, dan atas kiri  - Abg Bear baru beli topi nak elak hujan karang kena ujan demam pulak, so pose cantik dulu... hambik ko, caption panjang berjela)


Ni pulak gerai gerai di luar kedai panjang cenderamata tu. Ada jual makanan kering macam beras tu ada jugak buah buahan dan air itu ini lah yang biasanya orang beli bila berhenti kejap kat sini.. dalam sejam jugaklah kami berhenti.


Oh yer kat pekan ni jugak disediakan menara tinggi untuk yang tak puashati amik gambar kat pelantar kayu sana. Ikut lah kalau korang suka nak naik sini, pada Abg Bear sama jer



Pompuan: Bang buat apa tu bang? Ambil gambar ker?



Abg Bear: Taklah... ko tak nampak aku tengah masak nasik nih...



Pompuan: Cantik kah itu barang bang, beli lah satu!!!



Abg Bear: aikkkk... ko dah check ke ropol kat muka ko nak panggil aku abang? Dah diam, takleh nak fokus nih kalau ko kacau... nanti aku mintak orang lain belik.. gih main sana!!!


Astaga... ni pisang mutant ker nih... besar kemain... kalau lah... tuuuuuttttttttt!!!! (maaf, gagal lulus sensor)


Dah sudah lah tu... pose cantik dari tadi, syahdu jer kami tengok, cepat nak gerak nih... karang lambat balik malam pulak

Lepas berlama lama kat Pekan Nabalu tu, kami pun start gerak ke Kinabalu Park. Sempat ke tak sempat kena pegi jugak, malam ke tak malam baliknya, nak jugak ke sana. Okay lah, kita pegi yek.... tunggu entry seterusnya.

Salam Sayang Beruang Madu

5 comments:

Anonymous said...

tang gambar Hairey yang pegang pisang depan kereta tu mmg tak leh blah.

entri makan bulan pose adalah sensored okeh!!

my-niezzareena said...

mak ai badan masing2... montok2 belaka.

Beruang Madu said...

Tijah - ko dah beso panjang dah berbulu atas bawah, takkan lah pisang jer pun ko tergoda...

Ena - haaaaa.... yang cakap tu boleh lah masuk sekali group nih.. hehehehe jangan mareeeee

ArnabGumuk said...

Pic last tu bah..sempat jugak aku pose enter-frame di belakang bah!!hhehehe

Beruang Madu said...

Hahahaha kan... memang menjadi sangat... saja jer Abg pilih gambar tu... hehehehe