Pada bulan Jun yg lepas, Abg Bear menerima kedatangan tetamu istimewa dari Semenanjung iaitu Bapak Abg Bear sendiri yg datang dibawa oleh rombongan Abg kepada Abg Bear (kita panggil Pak Uteh ikut pangkat dalam keluarga) sekali bersama-sama isteri dan anak-anaknya nan berlima tu.
Permandangan kebun sayur di daerah Kundasang dalam perjalanan ke sana
Sayangnya, bapak Abg Bear dah berusia jadi perjalanan jauh ni agak mengganggu kesihatan dia. Kesian dia. Pada awal datangnya pun dia tak makan banyak walhal AB kemain lagi banyaknya masak utk diorang dan dia tanak pegi ke mana mana selagi sakit perut dia tak pulih. So, plan untuk esoknya ke Kundasang tu terpaksa pergi tanpa Bapak Abg Bear lah.
Kami bertolak pagi dalam jam 7 lebih seperti kebiasaannya untuk tengok gunung Kinabalu. Alhamdullillah dapat sampai tapi dalam keadaan matahari yg agak terik. Gambar yang diambil pun tak begitu memuaskan tapi puashati sebab ada jugak bergambar dengan gunung tu.
Kat Nabalu, kami dapat tengok setangkai nenas yang berbuah banyak
Rehat sekejap kat Nabalu dah tu bergerak ke Kundasang. Dan inilah dia gambar gambar mereka di sana.
Tujuan kami ke sana untuk melawat War Memorial saja dah tak begitu minat nak ke pasar sayur sayuran. Kenapa ke War Memorial yer? Bukan sebab kami ni patriotik sangat tapi taman tu sangat cantik dan sesuai untuk bergambar kenang kenangan.
Kami tak dapat berlama lama kat sini sebab risaukan Bapa yang ada dirumah. Dr Shah pulak kerja sampai tengah hari, so tak dapat lah ke Poring ke atau ke Tagal Morali ker atau Ladang Teh ker, lepas habis kat Kundasang, terus kami balik. Lagi pun ini family besar jadi jalan sikit sikit pun dah okay, tak perlu terlalu lama, takut yang kecik tu kepenatan.
Dalam perjalanan balik tu kami dapat melihat awan melintasi banjaran
Bila sampai kat Tamparuli, sempat juga kami ambil gambar jambatan yang popular ni cuma tak boleh nak keluar kereta sebab dah mula nak hujan
Esoknya kami ke Kibunut... dan kami tak sempat nak berlokan panggang... hehehehe
Salam Sayang Beruang Madu
p/s: Abg Bear nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Sareena dari Matrade atas sebab sebab yang beliau sendiri tahu...
5 comments:
nape abg tak bawak kami kat sini? tak sempat eh? nnt kalu p sabah lagi, bawak kami kat sini eh...
Tak sempat lah Ena, kalau pegi sini pakai nampak tak ber'lokan panggang' lah kita. Biasanya kalau ke sini kita takkan pegi ke Poring
We Want Kundasang War Memorial!!!
wahida... kau teruja nak sabah lagi kan. hahaha...
Wahida/Shareena - boleh boleh tapi kena skip yang dah pegi lah... takmo pegi tempat sama jer...
Post a Comment