03 August 2010

PENJELAJAHAN GUNUNG TRUS MADI (BHG 4) - KEMUDAHAN

Salam Sayang Semua...

Walaupun Abg Bear dah cerita cemana sukarnya perjalanan menuju ke puncak Trus Madi, Abg Bear jugak ada cerita kan macam mana usaha penambahbaikkan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Hutan untuk memudahkan pendaki pendaki menawan puncak kedua tertinggi di Malaysia ini.



kepingan kepingan kayu disedia di beberapa tempat untuk menjadi tangga dan memudahkan pendakian, tapi hanya disebahagian kecil tempat sahaja


Lorong telah diterangkan oleh pihak Jabatan Hutan dengan sedikit kemudahan tali untuk memanjat di sana sini yang perlu

Antara penambahbaikkan ialah dengan menyediakan lorong sebagai penunjuk arah menuju ke puncak dan juga meletakkan kepingan kepingan papan tebal sebagai tangga di tempat tempat yang boleh diletakkan tangga contohnya di 400 meter pertama dari 'starting point'.


Hally sedang mencuba air dari paip yang disediakan di sini... ini kawasan rehat pertama

Selain dari itu kalau dulu untuk mendapatkan air minuman, kita terpaksa bawa sendiri dan setengah setengah kes kami dengar ada yang terpaksa meminum air dari pokok periuk kera untuk menghilangkan dahaga. Tapi sekarang di banyak tempat telah disediakan air paip yang airnya diambil dari anak sungai yang mengalir menuruni gunung tersebut. Sebelum dimasukkan ke paip, air tersebut dikumpulkan dibeberapa tangki air dahulu. Nampak macam masih baru lagi tangki tu.


Rupa Kabin dari luar dan dalam yang didindingkan oleh kanvas... sekadar cukup sebagai tempat rehat dengan katil yang sederhana

Tandas juga disediakan di banyak tempat seperti di setiap kawasan rehat akan ada tandas dan juga di kabin. Dan of course lah kabin itu sendiri merupakan kemudahan untuk tidur yang selayaknya sebagai pendaki. Tidak begitu selesa tidak juga begitu daif. Setiap pendaki yang berniat untuk bermalam di sini mesti membawa kemudahan mereka sendiri kecuali katil dan air.


Tandas seperti ini ada juga disediakan di beberapa tempat termasuk tempat rehat dan juga kabin tempat tidur

Kalau mereka berniat untuk masak, silalah bawa peralatan memasak sendiri kerana dapur disediakan, cuma elektrik tiada jadi bawalah lilin yer. Sejuk malam yang mengigit juga menggalakkan pendaki membawa peralatan tidur yang mencukupi yang mampu memanaskan badan semasa berehat.


Beberapa peralatan memasak ada di sini tapi mungkin dari pendaki sebelum ini, jadi better bawak sendiri untuk mengelakkan peralatan yang ada tidak berfungsi. Menghidupkan api dengan kayu api adalah dilarang di sini

Moral dari pendakian kami, lebih baik bermalam saja di sana supaya perjalanan akan menjadi lebih selesa dan kita dapat menikmati keindahan panorama di sini dengan lebih tenang. Apa yang kami lalui hanyalah pengalaman untuk dibetulkan selayaknya. Insyallah kami akan mendaki lagi nanti, ada siapa siapa nak ikut?


Salam Sayang Beruang Madu

6 comments:

@xiM said...

kalau nak mendik lagi saya nak ikut!!

kemudahan yang ada memang akan memudahkan kita,tapi bukan kah kalau dah terlampau selesa jadi macam tak adventure lah pulak..anyway,yang penting tandas ada..kalau tak mesti tak best..:p

Wahidah said...

nape merawan siput jantan???? ape maksud di sebaliknya abg bear...wah lepas ne nk panjat gunung mn lak abg bear?

my-niezzareena said...

rindu ar nak tgk muker cumel abang bila lalat singgah kat tangan. hehehe

Beruang Madu said...

Azim - biar betul... mende macam ni kena serius bah... tak boleh memain... hahaha kalau takder tandas apa lagi... dalam semak lah..

Wahidah - tu nama pokok, kalau Wahidah ke KLCC ada pokok tu di salah satu pokok yg bebanyak kat taman tu.. cariklah..

Zareena - Abg Bear hari hari pun cumel...

Josh said...

Waaa, menarik!! seronok la aktiviti nih! I wish i can join, tapi memandangkan kehidupan Josh sekarang, payah nak join aktiviti macam ni.

Beruang Madu said...

Josh - hehehe selagi Josh fikir tak sempat... memang takkan sempat..