Salam sayang semua...
Ini satu lagi entry tertunda dari tahun lepas lagi. Kalau korang tengok figure Abg Bear dalam entry ni, tu figure lama kira kira 8 bulan yang lepas semasa nak masuk tahun baru. Time tu kalau ada pun wat senaman pun, tu sekadar melepaskan batuk di tangga jer... bentuk badan time tu maintain bentuk teddy bear lah.
Yang mana mana kata sekarang tu masih bentuk sama tu dengki lah tu, Abg Bear dah susut okay... tak caya check balik entry lelain tu... hehehehe, please jgn patahkan semangat menguruskan badan Abg Bear... dah lah semangat tinggal sikit jer.
Kami ada kawan tinggal di Tuaran dan rumah dia dekat benor dengan pantai Syahbandar sana. Kalau korang tak tahu mana tu pantai Syahbandar, korang cariklah kat mana dia Tuaran Beach Resort, haaaa dekat dekat situ lah. Pada malam tahun baru yg lepas, kami ni takder plan langsung nak ke mana mana.
Biasanya kalau kat KL nun, kami akan wat makan makan sambil ajak kengkawan datang dah tu tengok bungapi dari balkoni rumah kami. Tapi kat sini tak ada semua tu. Jadi kawan ni dengan murah hari dia buat lah parti unggun api sekadar nak menjemput kengkawan ber'aramaiti' gituh. Adalah beberapa orang yang boleh datang dan kami pun berkumpul lah berborak borak menantikan detik 12 malam untuk masuk tahun baru 2010.
Malam tu kami bakarlah kayuapi sambil membakar ayam ayam untuk kami makan. Bagusnya ialah, menjelang tengah malam, ada pulak resort berdekatan situ yg menyumbangkan bungapi yg meriah dan banyak sekali dan secara tak sengaja kami pun rasa dihargailah.
Best sangat perasaan masa tu. Ada jugak bungapi. Dan pada malam itu jugak lah kami dapat lihat gerhana bulan kira kira jam 3 pagi. Tak penuh tapi ada... hmmm kerap lah pulak gerhana lately kan.
Disebelah paginya, kami beramai ramai ke Pantai Syahbandar untuk mandi laut dan macam biasa disebabkan ombak kat situ besar, maka Abg Bear dengan gumbira rianya akan bermain satu kegemaran Abg Bear iaitu mengadang ombak dengan badan.
Memula tu sorang dah tu ajak sekali tuan rumah mengadang sama. Habis mengadang tu Abg Bear test power untuk berbasikal di pantai. Sebenarnya lama sungguh tak beroda dua ni semenjak Abg Bear accident lama dulu. Jadi seronok kemain ala ala kanak kanak rebina pulak.
Inilah dia gambar gambar kami tu...
menunggu ombak pertama sampai, tapi sayang tak cukup kuat jadi Abg Bear lepaskan begitu saja.. tak jadi mengadang sampailah ombak berikutnya datang yg memang beso sangat
eiyahhhhh.... mengandang ombak dengan badan nan-subur itu
melepaskan tenaga dalam peringkat seribu hikmat... hiahhhhh!!! hambik ko...
opss... tak power lagi rupanya... blub blub blub... tenggelam... adehhh!!!
lepas tu Abg Bear ajak tuan rumah join sama tapi semua ombak yang datang hampeh hampeh belaka... kepeh kepeh kepeh!!! errrghhhh tak challenging langsung
penat dah mengadang ombak dekat setengah jam... jom kita main beskal
lamo sungguh pakcik tak naik beskal ni...nasib baik skill tak ilang...
Salam Sayang Beruang Madu
5 comments:
abg pernah xcdent? kat mana bang? sian lak saya dengar...huhuhu...
wow!!!! seksi ar! auwwwwww
suburnya abang di kala itu..takper..sekarang dah susut banyak okeh..
go abang bear goo..
ehhh sapa yang ambik gambar abang bermain ombak tu?
beruang naik beskal. hihihi dh mcm sarkas. erm tunggulah tijah dtg sna lg. muahahah siap buat luncur ombak lagik.
Lepas raya jom gi sini lagi jom sambil2 beraya kat umah diorang
Post a Comment