04 August 2010

TAMU DARI MATRADE - FIRST DAY

Salam sayang semua....

Pada minggu lepas tanggal 26 dan 27 hb Julai 2010 iaitu sehari selepas Abg Bear turun dari Gunung Trus Madi tu, Abg Bear menerima empat orang tetamu dari KL... ehem ehem, tetamu berbayar yer... hehehe. Setelah berbulan bulan diorang booking akhirnya sampai lah jugak ke negeri di bawah bayu nih.





Selamat Datang ke bandar Kudat

Sareena dan Wahidah kedua duanya bekerja di Matrade kat KL sana dan membawa sekali suami memasing. Sebenarnya sebelum diorang datang, Abg Bear ingat diorang akan datang berempat semua awek awek, tapi bila dah sampai baru tahu, so kenalkan suami Sareena dipanggil Along, suami Wahidah dipanggil Shidee. Diorang ni ada yang pernah ke Sabah ni tapi atas urusan kerja dan diorang banyak stay kat KK saja takder jenjalan. So tugas Abg Bear lah bawak diorang meronda keluar dari KK.


Suasana sawah di kawasan luar bandar dan Masjid Syakirin menyambut kami di Pekan Kudat

Ni sebenarnya Abg Bear masih sakit sakit penangan dek gunung Trus Madi terutama kat kaki dan hampir hampir saja booking diorang di kensel. Tapi sebab Sareena baik ngan Abg Bear, selalu follow up, mesra kat phone, jadi tak sampai hati nak kensel, sakit sakit pun tibai jugak. Kalau Abg Bear kensel mau lah kena bambu, laser, nuklear ngan Sareena, kan kan Ina kan? 'Yg ko gatal pegi panjat gunung tu dah tau aku nak datang apasalllll???' Hahahaha!!!


berhenti rehat si Simpang Kudat-Pitas untuk membuang apa yang patut, 'Akak dapat okay ubi purple... siap untuk dimakan lagi'


Salah satu kedai yang masih ada di Pekan Kudat


Sepanjang perjalanan ke Tips dari Pekan Kudat, akan banyak terdapat rumah rumah yang begini yg katanya rumah cina lama pengusaha ladang kelapa

Sedikit kesilapan pada tarikh kedatangan diorang. Sepatutnya diorang datang hari Jumaat dan balik hari Isnin. Ini prosedur biasa bagi Abg Bear. Sebab biasanya pada hari Ahad lah dua pasar yang menarik dibuka iaitu Pasar Jalan Gaya dan juga Pasar Kota Belud.

Jadi trip tu akan jadi begini, ke Pasar Jalan Gaya lepas tu ke Pasar Kota Belud, ke Tips of Borneo dan disudahkan dengan makan lokan panggang kat Jalan Tuaran, baru cantik main singgah singgah. Tapi sebab diorang datang hari biasa maka trip Tips ni dah kurang tempat dilawati, so Abg Bear bawak diorang terus ke pekan Kudat, Just jalan jalan.


Pagi pagi kami jumpa dah terpegun satu sama lain. Along kata muka Abg Bear lain dari yg dalam blog... errr tu bila punya entry tu Along? Abg pulak masih terkejut ada lelaki pulak, ingatkan semua pompuan, tapi on the way tu diorang explain lah. Macam biasa kami makan kat Sembulan dan soalan kelakar Sareena... 'Kedai ni Abg Bear punya ker?' Hahahaha... I wish!!!

Dah tu kami bergerak ke Kudat dalam rangka lawatan muhibbah. Kalau Abg Bear ni wakil rakyat sana tentu diorang sayang sebab asyik ke sana jer. Sebulan ntah berapa kali agaknya. Perjalanan jauh berberapa jam jadi Abg Bear suruh diorang tido... kiri kanan jalan hanya pokok dan sawah saja lah.


Sampai kat Kudat kami takder aktiviti lain... bergambar bergambar dan bergambar dan lokasi paling cantik ialah di Esplanade Sidek lah. Hanya sebagai pengetahuan, nama lama bagi bandar Kudat ialah Tomborungus dan terletak di Semenanjung Kudat (yang macam telinga anjing tu) dan cabang kedua tu dipanggil Semenanjung Bengkoka.

Bandar Kudat berlokasi menghadap Semenanjung Bengkoka yang agak terlindung dari laut lepas dan berjarak kira kira 32km (kalau tak salah) dari Tips of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau. Nama Kudat diberikan oleh British yang bermaksud lalang, tu panjang cerita, karang tak jadi entry jalan jalan jadi entry subjek sejarah pulak.


Di pantai Kalampunian sebelum ke tips


Dah tu kami terus bergerak ke Tips sebab adik adik ni dah kepanasan. Bagusnya sepanjang bergerak ke sana cuaca sangat redup ala ala nak hujan, jadi kami berhenti sekejap kat pantai Kalampunian yang berombak besar dan berpantai putih bersih sangat. Ini kerana pantai tersebut menghadap laut lepas. Berhenti dah ambil apa apa shot yang patut dan cepat cepat bergerak ke Tips sebab macam dah nak hujan.


Wahidah dengan suaminya... ambik mood honeymood semula


Sareena dan suaminya... pun sama gak... ni korang bila last honeymoon nih?

Lepak sekejap dalam sejam gitu sambil disirami cahaya matahari yg tetiba jer keluar masa kami sampai. Apa lagi bermandi peluhlah adik adik kita nih... gitu gitu pun sebagai barang bukti dah ke sini, berpuluh puluh keping gambar kami ambil. Pada musim sekarang, keadaan batu tips sangat basah dan walau ombak tak besar, air yang naik ke batu terus membasahkan sampai ke tebing, jadi kami tak dapat turun kali nih.


pose pose manja sambil bermandikan peluh...


Ini pakcik memang nak bunuh diri, tapi dia selamatlah... janji dia dapat turun...

Habis kat situ dengan berpanas bagi tu, kami makan seala kadarnya kat cafe di situ, sayangnya air batu diroang pun dah habis dan makanan kat situ memang tak menepati selera kami yang suka makan pedas pedas nih... tawar meleseh kat orang jawa. Jadi cepat cepat kami bungkus balik sebab takut tak sempat nak ke lokan panggang, takut dah tutup.



Kat cafe di tips yang makanannya popular sebab tak sedap... hahahaha


Kejap yer... nak uruskan dunia kejap...

Sepanjang jalan tu kami nak singgah rumahpanjang berastro tapi takdapat sebab hujan lebat tapi dapat singgah untuk jagung bakar, bergambar dan membaham jagung bakar lah kat dalam keta... sedap kan? Memang sedap dan manis.


Jagung manis bakar yang wajib kalau ke sini... pose cantik Sareena ngan jagung bakarnya...


Menikmati lokan panggang di kedai Sri Menanti... errr esok nak cerita kami jumpa kedai yang lebih sedap lagi rasa lokan dia... nasiblah ko pakcik, sapa suruh tak bukak kedai??

Berjam jam dok dalam keta akhirnya sampai jugak ke lokan panggang tu. Tu lah akhir aktiviti kami hari tu dan Abg Bear hantar diorang balik untuk berehat sebab esoknya nak dibawak ke Gunung Kinabalu ngan Poring pulak.

Salam Sayang Beruang Madu

6 comments:

Anonymous said...

Honeybear- Kalau mandi kat Pantai sblm ke Tips tu lagi masyuk...mmg best air kat situ. Mcm kat oversea...cuma ombak dier agak kuat dan pantai agak dalam. Tapi kalau posing sepanjang pantai tu (which saya dah ambik)...mmg menarik ...ala2 oversea...heheheh -alisaiffuddin

Wahidah said...

lokan jagung bakar macam mengiurkan je abg bear....jagung bakar tu mmg dibakar ngan kulit2 sekali eikkk

@xiM said...

jagung tu sangat sedaaaaappppp!!!

abang bear,ni ke sareena yang duk cakap kat Telefon aritu masa saya kat Pasir Gudang??

Beruang Madu said...

Ali Saifuddin - Hmmm sebenarnya tidak begitu dinasihatkan mandi time tu... satu dah nak ujan, dua kami tak cukup masa tiga tempat tu ada rekod kematian... takleh lah bro... bahaya!!!

Beruang Madu said...

Wahidah - Menggiurkan... ko nih.. aku faham lain pulak bila ko cakap menggiurkan... tu untuk makan lah... memang dia bakar sekali ngan kulit, sangap sedap untuk di makan yer

Beruang Madu said...

Azim - memang sangat sedap... semua tahuuuu...

Yes ini lah Sareena tu... hehehe peminat tegar Azim... dia cakap suara Azim macam budak sekolah