Salam Sayang Semua....
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syahwal yang bakal menjelma, Abg Bear dengan ini menggunakan gambar yang sangat cantik di atas tu sebagai header tanpa nama Merawan Siput Jantan tu.
Gambar tersebut disediakan oleh seorang fotografer kenalan Abg Bear, saudara Mesh Salimun yang berbakat besar dan itu ialah Masjid Bandaraya (City Mosque) yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Terletak di Likas, Kota Kinabalu, masjid ini merupakan masjid paling cantik di Sabah ni, pendapat peribadi Abg Bear.
Seribu pujian Abg Bear anugerahkan untuk hasil yang luarbiasa menarik dan terima kasih kerana membenarkan Abg Bear menggunakannya di sini.
Salam Sayang Beruang Madu
No comments:
Post a Comment