Hari Rabu sehari yang lepas, Abg Bear keracunan makanan. Kalau ikutkan agak kerap jugak keracunan selama ada kat Sabah ni dan apa yang berlaku beberapa hari lepas tu memang paling menyiksakan.
Macam biasa sebab Dr Shah takder kat rumah, Abg Bear buka sengsoranglah dan Abg Bear masak petang tu. Menunya ayam masak merah/sambal, kacang panjang goreng sos tiram dan kek keju yang baru jer dapat. Air minuman cuma air strawberri dari Semenanjung yang kami bawak setahun yang lepas. Dan lagi ada sepotong ikan masin yang dah sehari lepas Abg Bear makan. So antara makanan tu semua yang tiga tu lah yang jadi syak puncanya. Sambal pada ayam tu atau sirap strawberi tu ataupun ikan masin tu.
Adakah ikan masin yang menyebabkan keracunan?? (gambar pinjam) |
Habis makan jer Abg Bear terus sesiap nak ke mesjid negeri utk solat terawih. Masa ni dah mula rasa perut kembung, tanda tanda awal keracunan dan start sendawa besar besar yg non stop punya. Kepala dah mula pening melayang. Sampai kat mesjid jer Abg Bear terus solat maghrib dah tu duduk tunggu isyak sampai. Masa ni keadaan memang tak selesa langsung, duduk serba tak kena. Tak lama kemudian, dua orang rakan se 'saf' sampai dan diorang start solat. Sendawa yang tadi stop dah start balik dah. Abg Bear tak tahan dah jadi lepas salam salam diorang terus menuju ke tandas. Malangnya tandas semua penuh tapi dapat jugak tandas yang jauh sikit dari pintu. Start sendawa dan masa ni perut start memulas yang pedih menyucuk, so takder pilihan lah terus qadak hajat sambil sendawa lagi dan lagi.
Ataukah ayam masak merah yang sangat pedas?? (gambar pinjam) |
Habis kat situ terus wuduk dah tu berkejar naik ke atas sebab dah start azan isyak. Bila sampai atas nak tunggu azan habis tu, sekali lagi perut menyucuk semula. Dapat solat sunat dua rakaat tapi perut takleh kompromi. Abg Bear berlari dengan emergencynya dicelah celah orang ramai ke toilet (takut terburai kat situ) hehehehe. Dan bila dah sampai tandas tu terpaksa pasrah lah melepaskan solat isyak tanpa berimam malam tu dengan keputusan untuk balik ke rumah saja. Dekat 15 minit membuang, teruslah Abg Bear balik. Nasib saja keta Abg Bear tak kena block, kalau tak menapak aku balik ke rumah. Gitu gitu pun sampai rumah Abg Bear ulang semula solat maghrib, isyak dan terawih dan dapatlah 20 rakaat. Alhamdullilah masa solat ni dan masa tidur malam tu takder lah pulak perut meragam tapi antara dua tu memang mengulang tandas jer lah kerjanya.
atau sirap strawberi yang sudah expired? (gambar pinjam) |
Lepas habis terawih tu Abg Bear makan lagi cheese kek tu untuk redakan sakit tu. Berkuranglah dah tu terus tido keletihan. Bangun sahur pun Abg Bear tak makan makanan malam tadi seperti kebiasaannya tapi makan cereal ngan susu dan jugak cheese cake tu dah tu minum milo panas ngan kurma. Sampai sekarang ni pun kesan keracunan tu masih ada berbaki sikit sikit. Rasanya ini ujian Allah untuk buang toksik lain dalam badan ni kan.
atau beras perang yang menjadi amalan pemakanan Abg Bear sekarang? (gambar pinjam jugak) |
Oh yer.. sapa sapa yang pernah datang ke rumah Abg Bear akan perasan ada fountain kat balkoni tu yang dah berdebu lama dah tak berfungsi. Dekat berbulan jugaklah. Kami bawak dari KL dulu tapi dah dua kali pam dia ditukar sebab rosak. Tu yang malas nak betulkan. Tapi semalam sebelum buka puasa Abg Bear gagahkan untuk buat jugak dan hasilnya... taraaaaaaa..... kembali beroperasi!!! suka suka suka...
Apa kena mengena tajuk kat atas ngan cerita cerita tu semua yek? Sebab Abg Bear lebih suka menggunakan perkataan solat berbanding sembahyang dalam cerita cerita Abg Bear, sebabnya?? Dulu Abg Bear pernah kerja kat Indonesia Timur sana, kat Lombok yg tepatnya, jadi orang sana merujuk solat dan sembahyang ni benda yang berbeza disebabkan ada dua agama besar di sana iaitu Islam dan Hindu. Menurut mereka tuhan bagi orang Hindu disebut Sang Hyang Widiwi Sasa atau Sang Hyang Suku Tunggal, entah yang mana satu lah tapi ada perkataan Hyang tu. Jadi kalau mereka sembahyang tu bermaksud 'sembah Hyang' iaitu tuhan mereka.
solat bagi muslim |
dan 'sembahyang' bagi Hindu di Bali dan Lombok... |
Sebab itu mereka di sana menukar dan mengambil bahasa arab yang lebih tepat iaitu SOLAT dan menukar juga mengambil air sembahyang kepada WUDHUK untuk membuang perkataan 'sembahyang' yang masih ada kat situ. Mungkin kat negara kita tak berlaku kekeliruan begini tapi kat sana agak ketara. Dan untuk langkah selamat sebab pembaca blog ni pun ada yang dari pulau Bali dan Lombok jadi Abg Bear gunakan perkataan Solat dan bukannya Sembahyang. Jelas? Jangan bimbang, takder apa apa masalah kat sini. Boleh guna mana mana pun kalau kat Malaysia. Mungkin ini disebabkan dahulunya Nusantara ini mengamalkan Hindu sebagai agamanya dan penggunaan perkataan 'sembahyang' ini meluas dan diterimapakai sehingga ke hari ini sebagai salah satu perbendaharaan kata bahasa melayu.
Salam Sayang Beruang Madu
13 comments:
kena beli stock diapers banyak2 sikit lain kali. takyah ulang alik gi toilet...
nice sharing esp pasal sembahyang & solat, lebihkurang sama la pulak pakaian beribadaat tu kan!!... & bulan
UGendon
Lerrr... nak sakit mana lah tahu.. kan ke dipers tu ada expiry date.. kalau pakai jugak nanti tembus.. tu yg tanak beli takut simpan lelama tak guna pulak...
tapi abg rasa makan chesse cake tu - dah semua makanan bercampurkan tambah perut kosong - tambah perut kita orang melayu nie makan pulak kek chesse terperanjatlah tu - hehehehe
ABG RASA MUNGKIN KEK CHESSE TU SEHARIAN PERUT KOSONGKAN - KENA PULAK KEK YANG DI PERBUAT DARI SUSU KAN - BOLEH MENYEBABKAN PERUT KITA TAK SELESA
Anon - ni abang mana memandai mandai nih... dah dekat setahun I makan kek tu haram tak pernah sekali pun sakit perut... Kek tu sedap okay... semalam pun makan tapi takder masalah pun...
agree, i also use sholat compared to sembahyang...
most of indonesians will say sholat instead of sembahyang.
now the same thing with mosque...
We use Masjid, because mosque is from mosquitos where how the moslems are being called by the mat salleh during grenada and qordoba time in spain...
empyo2008@gmail.com :)
Empyo - Ohhh I dont know that.. thanks for sharing... I will use masjid from now on...
Armouris - terima kasih, saya suka blog u.. insyallah lepas raya saya akan dapat kan rawatan untuk HP...
errr printer Hewlett Packard dah rosak ke??? ke abis ink??
hehehe
UGendon
Hamboiiii.... nanti hang... errr nanti inform yek berapa kos aritu buat rawatan tu... thanks
takpe bang... tunggu ikan masin sepat ye.
Mek Na - ni tunggu lah ni tapi kalau lambat Abg faham... kat sini sedih sikit sistem pos diorang...
Post a Comment