Salam Sayang semua...
Semalam hari pertama depa di bawak ke Kudat dan Tips. Hari kedua, mereka akan dibawa ke Gunung Kinabalu. Bukan diorang nak panjat tapi nak bergambar kat kaki gunung sana. Tak begitu banyak aktviti kecuali bergambar saja dan shopping ala kadar. Breakfast tempat yang sama dan terus gerak ke Nabalu.
Kenapa ke Nabalu jadi pilihan yer dan bukannya Kinabalu Park. Ini disebabkan pada kebiasaaannya bila saja kami sampai ke Kinabalu Park, awan tebal dah pun menutupi Gunung Kinabalu, jadi peluang nak amik gambar tu terjejas lah. Masa kedatangan Azim and the gang bulan tiga haritu agak sedih sebab awal pagi lagi dah takleh tengok gunung tu, tapi kami tetap ke sana jugak merempun awan tebal disepanjang jalan ke Nabalu.
So inilah semua gambar gambar di pekan Nabalu tu.
Dari pekan Nabalu tu, kami tak singgah memana lagi. Tak singgah Kinabalu Park ker, Kundasang ker... kami terus ke Poring untuk merasa air panas kat sana. Nampaknya takder sesiapa yang nak beli sayur atau buah buahan kat Kundasang tu. Masuk masuk jer kat Poring, ada kawan kita awal awal dah surrender tanak naik kenopi. Abg Bear memang tak ikut sebab masih uzur lagi kaki tu. Jadi dioranglah naik berempat.
Pujuk punya pujuk maka naiklah jugak kawan nih. Jadi konon cerita dia ni keraslah kat tetengah kenopi tu menangisi nasibnya diperantauan didera oleh husband dan kengkawannya. Maka bertitis titis lah airmata jauh di bumi Poring tu menyuburi tanah nya yang sediakala subur tu.
Tapi setelah dibantu gagah kan oleh mereka yang lain, akhirnya lepas lah jugak kawan yang awal awal tanak naik nih... turun turun jer terus dia rendam kaki dia menahan perasaan memanaskan tapak kaki yang tadinya kat atas sejuk kemain tu. Kalau korang ke sana ada dituliskan lagenda Puteri Sejuk Kaki ni kat sana, diorang ukir lagi cerita tu kat atas batu... wakakakakaka. Jangan marahhhhhhhh!!!!!
Masa kat sini sementara menunggu diorang mengepam adrenalin tu kat atas, Abg Bear dok bercerita ngan sorang askar yg datang ngan family dia. Menurut cerita dia, lama lama dulu ada saintis dari barat yang datang wat kajian pasal Gunung Kinabalu ni mendapati di dalam gunung tu ada takungan air panas berbelerang dan semakin lama disebabkan aktifnya belerang tu maka tekanan di dalam gunung tu semakin kuat. Sekiranya sesuatu tidak dibuat, ada kemungkinan Gunung Kinabalu akan pecah meletup.
Maka sebab itu dibelilah tanah di Poring tu oleh kerajaan dan dibuatlah mata air panas Poring tu untuk alirkan air panas tu keluar dari gunung dan tuan empunya tanah tu sudah kaya raya sekarang. Macam biasa, bohong dia bohong lah Abg Bear yer. Korang tak percaya sudah... tak naik pun gaji kalau korang percaya... hahahahaha.
Lepas dah berendam sekejap gitu (sebab air kat Poring ni lahai lambatnya nak penuh, berjam jam menunggu) jadi kami pun berangkat balik sebab hari dah nak ke petang. Lom makan lagi nih. Kami taklah nak makan jauh jauh sebab kalau jauh karang takder makanan pulak, jadi makan je yang yg dekat dekat, kat luar pagar pintu masuk ke Poring tu.
Ingatkan bolehlah dapat nasik campur, rupanya kena booking dulu... aiyoooo masak lah lebih sikit. Keji sangat tau. Dah kami kena order goreng goreng. Untuk elakkan lambat, kami semua oder mende yang sama, nasi goreng special, apa specialnya? Specialnya ialah kami tak letak apa apa pun kecuali atas permintaan... aku mintak letak kijang baru tahu.
Kenapa yer asyik terkejar kejar nak balik... kan ni tengah cuti. Sebab memasing nak mengejar lokan panggang yang sangat sedap tu takut dah tutup. On the way balik tu singgah semula kat Nabalu sebab Abg Bear punya perut start memulas... kuat betul diorang makan cili... adehhhh!!!
Nilah wajah terkini Abg Bear
On the way balik tu kami lalu pekan Tamparuli yang dulu tu Abg Bear ngan Bad gi panjat bukit Piramid tu. Kami singgah kejap untuk bergambar kat jambatan Tamparuli yang popular sangat tu disebabkan oleh lagu Masha. Ni gambar gambar nya.
Ni Abg Bear ngan Jambatan Tamparuli, di bawahnya ada jalanraya sehala dan dibelakangnya tulah bukit Piramid yang Abg Bear 'terkenal' kan... hehehehe
Lepas tu teruslah kami ke lokan panggang kat tempat biasa. Bila sampai sana, kedai Seri Menanti yang biasa kami pegi tu tutup pulak dah. Baru jer semalam kami datang dah tu kami tanya, tutup hari apa? Pakcik tu cakap 'hari hari bukak' amboi... esok terus tutup.
Sebab dah sampai, kami pun terpaksa jugak makan tapi kat kedai lain lah dan kerana malas nak pegi jauh jauh kami makan kat sebelahnya saja. Nak tahu apa jadi... waaaa kedai sebelah ni jauh lebih sedap lagi diorang masak lokan tu... Abg Bear lagi suka kat sini!!! Hahahaha nasib lah pakcik, lepas ni ke kedai ni jer lah nampaknya.
Habis makan mereka terus dihantar balik dan tamat lah perjalanan diorang dengan Abg Bear. Ada juga Abg Bear join makan siang ngan diorang esoknya tapi gambar mungkin ada kat blog dioranglah, Abg Bear takder gambar gambar tu.
Salam Sayang Beruang Madu
8 comments:
tengok gambar gambar ni teringat masa kami datang sini bulan 3 aritu..
macam sama jer kan tentatifnya except kami tak ke jambatan Tamparuli..
sedapnya Lokan Panggang..teringat lah..
Boleh datang lagi azim... boleh ke jambatan tu nanti... boleh makan lokan panggang lagi dan lagi dan lagi hehehehe
ahhhh rindunya kat lokan panggang!!sambal pedas giler tu best.jumpa gak jambatan tamparuli ye abg bear..igt dlu gi jambatan salah huhuhu
axim... jom kite travel 2gether.. teringin nak jalan2 ngan awk... hehehe..
abg bear... gmbr akhir tu tak tahan. sape punye keje tu bang? upsss.....
elle... jom ell kite p sabah lagi. p balik hari semata2 mkn lokan bakar. bleh gitu???
Elle - rindu?? Abg dah jumpa yang lebih sedap lagi rasa dia... kurang sikit pedasnya tapi meletup sedapnya... tanya Zareena... semua sebab pakcik tu tutup so pegi tempat lain... memang best
Zareena - tu korang lah punya kerja tu.. suka tengok muka aku buruk buruk gitu kan... cissss...
ala bang... sape kata abg buruk. comel=hencem=macho=ganteng===semua ada pd abang. kalu saya ada kakak, saya dah kenalkan kat abang. best kalu abang jadi abg ipar saye.. hehehe
arghhh stressnya ingat kat lokan ni uhuhuhu...ade rezeki esok2 nak pi lagi
Zareena - wahhhhh.... jangan puji puji sangat... selalunya orang merujuk muka abang ni sebagai 'cute' saja... apa apa lah diorang nih..
cuma masa kita jumpa tu memang serabai sikit sebab baru turun gunung kan... malas nak solek solek time tu
Elle - korang jangan datang ramai ramai... aku tak cukup transport nak kendong korang...
Post a Comment