22 August 2010

KIERAN AND THE GANG - ARRIVAL DAY


Ni gambo diorang masa kat epot LCCT kat Sepang sana


Salam Sayang semua

Macam orang lain punya entry kalau gi travel, macam tu juga entry entry kali ni dan seterusnya. Ini kisah travel tiga orang 'adik beradik sepusat sepusing, emak lain lain bapak asing asing' yang bertandang ke KK lebih kurang dalam bulan 5 haritu. Dua orang darinya iaitu Arel ngan Heri dah pernah datang ke KK cuma Kieran saja yang pertama kali datang. So trip ni kita guna nama Kieran lah yer...


Abg Bear pick up diorang kat epot air asia, ni ada mende yang slip from my mind, ada ker diorang datang serentak ke atau tak serentak... takper lah janji diorang dah sampai

Oleh kerana Kieran ni fotografer terkenal kat Lembah Kelang sana, jadi ada beribu ribu gambar yang dia ambil untuk trip ni dan dia izinkan Abg Bear gunakan dalam blog ni. Ada jugak yg Abg Bear ambil tapi taklah secantik kamera Nikon baru dia tu so better semua gunakan gambar dari kamera dia lah yang membawa maksud, gambar kami saja yang banyak, gambar dia sikit. Adatlah tu.

Di sini group trip ni digabung ngan kengkawan local iaitu Abg Bear, Dr Shah ngan Ham. So enam orang semuanya dan pelan pelan entry demi entry Abg Bear akan tunjukkan perjalanan beberapa hari kat sini. Meriahlah KK beberapa hari ni.

Sampai kat KK jer sebelum ke mana mana dan belum pun ke rumah, kami pegi cari makan dulu sebab dah siang benor dah dan memasing dah lapar. Jadi takder tempat lain lah yg Abg Bear tahu yang bercitarasa Semenanjung ni selain kat Tiara kat Sembulan sana. Suka diingatkan, walau dah siang, ini cuma breakfast jer.


Lauk pauk kat Tiara Restoran memang tak pernah mengecewakan, cuma harga dia agak mahal kalau banding restoran lain kat situ, tapi yg datang ni org kaya semua...so, makan saja bah!!!

Hari tu sebenarnya kami takder aktiviti sangat, hanya bersiaran disekitar KK saja, santai dan makan. Lagipun Dr Shah ngan Ham masih kerja sampai petang so tak dapatlah nak beraktiviti bersama jadi kami decide nak berswimming pool dulu dah tu ke 1Borneo yang terkenal tu.


Okay adik adik semua, ini peraturan rumah ni yer... dengar dengar, rumah ni adalah kawasan bebas asap rokok, semua mesti buat macam rumah sendiri yer sebab sapa yang datang pun cenggitu, nak air amik sendiri semua... emmm apa lagi yek... bilik memasing yer... apa lagi yek.. okeh any question pls email me or inbox FB yeh... hehehehe... menyampah, tak layan pun... ipad jerrr...


Sebelum kami ke 1Borneo tu, sempat lagi kami menghitam kan kulit kat swimming pool... meriah jugak ini pool tengah hari buta tu, ada beruang beruang berendam dah tu bising kemain...


Sementara menunggu Shah ngan Ham balik, kami jenjalan ke 1Borneo lah dah makan adalah wajib kalau kami kami nih.. walau sederhana tapi inilah lunch kami sebenarnya.

Lepas kat 1B tu kami balik dulu ke rumah sebab diorang nampaknya letih. Bukan saja letih sebab bangun awal pagi tadi tapi jugak letih sebab main air. Tulah biasanya kalau kita main air tak kira kolam renang ker, air sungai ker laut ker, mesti akan letih kemain lepas tu. Hanya tidur saja ubat yang mujarab.

Salam Sayang Beruang Madu

4 comments:

my-niezzareena said...

kan sya cakap kedai tu abg punyer. adei... terus terang je la BM.

Anonymous said...

"kami pegi cari makan dulu sebab dah siang benor dah dan memasing dah lapar"

entri ini tidak puasa kah???

hahaha wah2 kemain lagi si Arel ngan Heri. byk kali dtg kesana.

Beruang Madu said...

Zareena - ko kan Ena...ada jer, aku cili molot ko karang... tapi kalau lah betul masin mulut ko kan Ena... aminnnnn... bestnya kalau tu kedai aku... berduyun orang mai hari hari...

Tijah - Helloooo... ko mimpi lagi ker tijah... ni bulan lima punya bah

Anonymous said...

harus ke entri dah tiga bulan bah. coba diupdatekan sikit produce entri bah.

heheh