Salam Sayang semua...
Pada akhir bulan Jun yang lepas, Abg Bear ngan Bad wat plan nak mencuba satu jenis outdoor yang popular kat Sabah nih iaitu White Water Rafting. Sebelum dari tu Abg Bear selalu anggap yang aktiviti ni bukan untuk Abg Bear disebabkan oleh kelasakkannya, tapi bila Bad cadangkan Abg Bear setuju nak cuba. Mula asalnya kami nak pegi berlapan, kemudian berenam, kemudian last last tinggal kami berdua jer. Hmmmm... apa nak buat, teruskan jer lah, dah plan cun cun tetiba ramai pulak yang kensel.
Sebelum kita pegi jauh, gambar paling atas sekali tu bukanlah gambar Abg Bear berakit yer. Itu gambar Bad tahun 2007 dulu. Kalau kat atas rakit kami tak dapat nak ambil sendiri gambar, jadi akan ada orang yg tolong ambilkan dari syarikat yg kami bayar tu lah. Tapi sayangnya sampai hari ni tak ada sebarang berita pasal gambar kami tu so terpaksa lah guna gambar Bad dulu sebagai promosi.. boleh yer Bad, nanti dah ada gambo kita tu Abg Bear tukar... Hehehehe.
Memetik sekeping dua gambar di tanah tinggi menuju ke Keningau... tersangatlah indahnya permandangan di situ
White Water Rafting (WWR) merujuk kepada buih putih yang muncul di permukaan air sekiranya ada gelodak air di bawahnya yang bermaksud air yang berarus deras. Sebelum cabaran Trus Madi, WWR inilah yang paling extreme yang Abg Bear sanggup buat. Di Sabah ni (sepengetahuan Abg Bear lah) ada dua sungai yang popular untuk wat WWR ni. Satunya ialah Sg Kiulu, di daerah Tamparuli dan duanya Sungai Padas di daerah Tenom.
'Ok ok.. cepat sikit line up line up.. kita nak bergambar nih'... hehehe... shot belakang Abg Bear... motif??
Ini dia salah sorang guide kami, Edar namanya bergambar hiasan dengan Bad
Sg Kiulu biasanya digunakan oleh mereka yg pertama kali mencuba aktiviti ni disebabkan arusnya yang lebih tenang (dipanggil stage 1 & 2) sementara di Sungai Padas oleh mereka yang advance disebabkan stagenya dari peringkat 3 ke 5 kalau tak salah... mungkin ada peringkat ke 6, wallhualam.
Disebabkan Bad dah pernah cuba dan terus kali pertama di Sg Padas maka Abg Bear setuju kitorang terus ke Sg Padas dan terus mencuba peringkat 3 ke atas. 'Peringkat' merujuk kepada ketinggian ombak yang akan ditempuh sepanjang merakit tu. Pada masa Bad mencuba kali pertama pun, dia belum pandai berenang, sekarang baru dia pandai.
Setelah semua persediaan dibuat, kami bertolak awal pagi ke Tenom bersama beberapa yang lain digabungkan menjadi dua team bermaksud akan merakit dalam dua boya. Dari KK kami dibawa melalui Keningau untuk ke stesen keretapi Tenom.
Team kami yang serakit
Semasa di Keningau ni lah kami melalui satu pengalaman di mana kereta kami yang dilepaskan 'brek'nya dan dimatikan enjinnya telah mengundur mendaki bukit. Ramai yang mengatakan itu optical illusion (bermaksud kesilapan pandangan) dan ramai tak percaya. Yang tak percaya ni tak penting nak layan sebab Abg Bear dah experience sendiri. Ini berlaku di km 32 kalau tak salah, di jalan antara Papar dan Keningau, ikut jalan dalam tu dan jalan tu bercuram tinggi di setengah setengah tempat.
Pose cantik depan Corcker Range Park
Sekadar gambar hiasan... suka suka petik petik!!
Kemudian kami berhenti rehat kejap di depan Taman Banjaran Crocker (Crocker Range Park) yang popular sebagai tempat riadah 'jungle trackking'. Ini akan dimasukkan sebagai salah satu aktiviti kami di masa depan.
Habis kat sana, kami di bawa terus ke Tenom untuk makan siang. Di sini lah kami berkenalan dengan ahli ahli kumpulan kami yang lain. Ada makcik makcik, ada adik adik, ada pakcik pakcik, kami berdua jer yang muda belia, wakakakakaka. Eh sorry... yang satu boya dengan kami semuanya muda muda belaka dan badan pun baya baya Abg Bear jer... montel montel stocky. Sebenarnya Abg Bear tak tahu yg kami akan merakit selepas tengah hari, ingatkan pepagi dah menggodak sungai.
Inilah Stesen keretapi Tenom, isk... lupa pulak nak tanya usia dia!!!
Lepas makan kami dibawa ke stesen keretapi Tenom. Di pendalaman Sabah ni, perkhidmatan keretapi masih lagi berjalan sejak dulu sehingga sekarang dan di sesetengah tempat tu, inilah saja perhubungan diorang dengan dunia luar, memang pendalaman betullah dan tak sangka sungguh masih ada yang begitu.
Sungai Padas yang berarus deras dan menggerunkan
Sayangnya pada masa di sini barulah kami diberitahu yang keretapi yang sepatutnya sampai ke Beuford tu hanya dapat bergerak separuh jalan saja dan terpaksa berpatah balik, ada kerosakkan jalan katanya. Hmmm... maknanya kalau selalu boleh merakit 5 jam sampai petang, sekarang dah tinggal 3 jam gitu atau kurang. Apa nak buat, nak kensel balik ke KK kami takder transport pulak, terpaksa ler teruskan.
Beginilah rupa air sebelum dan selepas Empangan
Lepas bergambo sakan kat keretapi tu, kami pun bergerak bersama sama dengan satu team besar dari company lain, WaterBug kalau tak salah namanya. Kebanyakkannya dari negara luar, team kami jer local Malaysian. Seperti yang diceritakan orang, keretapi ni akan berhenti kat mana mana saja yang ada orang kampung nak naik sama ada nak bawak hasil kampung utk keluar atau sesaja nak naik.
Dalam perjalanan tu kami dibawa melalui tebing Sungai Padas dan dari situ Abg Bear dapat tengok bertapa ganasnya arus sungai tersebut. Sungai Padas dibendung airnya oleh satu empangan dan dari masa ke semasa air di bahagian bawah empangan akan dilepaskan ke sungai utk mengelakkan mendapan lumpur. Dalam musim hujan, kapasiti air akan bertambah berkali ganda dan pada masa dilepaskan air tersebut akan membentuk arus yang sangat besar sehingga ombaknya mencapai peringkat 5 atau 6.
Pada masa di sana, Abg Bear dapat melihat ombak peringkat 5 tersebut dan bunyinya memang menggerunkan. Serta merta kecut perut nih tapi tenangkan hati dan malu ngan Bad, Abg Bear diamkan dan teruskan. Mesti boleh mesti jadik. Kemudian baru kami diberitahu yang kami akan melalui peringkat 3 dan 4 sahaja dan tidak sampai 5... maksudnya agak jauh lah dari empangan tu.
Konon nak pose ngan pendayung, tapi slack ada kota ayam daaa.... pose jugak lah!!!
Aiyooo takut sebenarnya... malu kat Bad!!!
Sampai di lokasi titik mula (starting point), kami diberi makan buah buahan, minum air mineral, diberi penerangan dan disuruh pilih lifejacket serta helmet sebagai langkah keselamatan. Peraturan keselamatan pun diterangkan dan disebabkan ada Bad yang berpengalaman, Abg Bear tak rasa gementar sangat... hehehehe, kalau sendiri mau pegi mungkin dah balik dah... hahahaha.
Sebelum berakit sila padat padat kan simpanan dalam perut memasing... lompatttt!!!
Maka kami pun mula lah berakit. Disebabkan team kami semua lelaki, jadi jeritan semangat tu kuat betul, dan kami mula lah merempuh jeram demi jeram, berputar dari satu pusaran ke satu pusaran dan boya kami tu melambung lambung dirempuh ombak. Dari yang paling besar sampai lah kepada yang kecik kami lalu.
gambar hiasan
Bad asyiklah suruh Abg Bear dok depan, tapi dia ni memang kuat menyakat, ntah apa lah plan dia tu asyik suruh Abg Bear dok depan, tu nak tolak aku masuk ke air lah tu... heiiiii!!! Oleh kerana kami merempuh peringkat 3 dan 4 sahaja, potensi untuk boya kami terbalik adalah 50-50, jadi untuk kami dapat lalui pengalaman kalau kalau jatuh dalam air, guide kami minta kami terjun dalam air dan diajar bagaimana melakukan 'body rafting' iaitu mengikut arus hanya dengan berbekalkan lifejacket saja.
gambar hiasan
Tu diaaa... lagilah kecut perut aku, tak terbalik pun boya tetap kami ditolak masuk dalam air deras. Maka kami pun terjunlah dan yang pertama diselamatkan naik ialah Abg Bear yg paling besar sekali. Lepas tu sorang sorang kami punggah naik ke atas, jadi habislah semua kami basah. Kenapa satu lagi boya tu tak kena buat? Tapi takper, pengalaman begini memang best. Habis kat situ, kami teruskan lagi dan di jeram mana tak ingat nama, kami merempuh ombak tinggi dan boya kami hampir hampir terbalik, ramai yang terminum air sungai masa tu, termasuk Abg Bear. Bad dok depan lagi lah kenyang... hehehehe.
gambar hiasan
Tapi seperti yang diberitahu tadi, kami berakit tak lama.. sekejap jer dah tu terpaksa berhenti dan mula mendarat dan sebelum naik ke darat kami mandi dulu kat anak sungai yg jernih berdekatan ngan stesen balik tu. Menurut Bad, pengalaman pertama dia jauh lebih lama dan lebih jauh sampai ke Beuford, sampai dia mengigil kesejukkan, sampai ke area tak der ombak langsung dah... haaa begitu sekali.
Bersama guide rakit kami... Andre, dia lah yang suruh kami terjun masuk ke air tu
So moral of the story, kena datang lagi buat lagi... mende mende rosak ke tanah runtuh ke, adalah di luar kawalan kita. Bila kami naik ke keretapi untuk balik, team dari company lain tu dah ada kat dalam... mak aiii... diorang semua kering jer. tak berakit ker? Dah tu siap diorang tanya kami lagi kenapa basah... you all terbalik ker? diorang tanya... lerrrrr... diorang ni berakit ker sight seeing? Whatever lah.
kerja gila masa balik... separuh bogel kat atas lantai besi keretapi... sorry sapa sapa beraktiviti ngan Abg Bear memang gila gila sikit
Berehat kejap, makan coklat ke apa yang ada, dah tu bergerak balik. Masa sampai kat stesen boya tu, diorang turunkan boya jadi ada tempat kosong yang open kat depan... leceh lah dok dalam keretapi ni kan, Abg Bear nak 'tan' kan kulit so kami semua berebut rebut ke depan, duduk atas besi panas dah tu pakat pakat bukak baju... dan bergambar menayangkan lemak lemak memasing.
Sepanjang balik tu kami dapat tengok semula tempat tempat yang kami lalu tadi dan dapat tengok semula ombak besar peringkat 5 kat empangan. Bila lah nak buat yang tu yer... bestnya!!! Kalau dapat memang nak pegi lagi dan rasa takut masa pegi tadi hilang semua. Ni yang best outdoor nih, masa nak pegi semua takut, masa nak balik asyikkkk nak pegi semula... hahahaha.
Kami balik lepas meghrib jadi terpaksa ikut jalan jauh melalui Tambunan. Jalan Keningau tidak selamat utk perjalanan malam disebabkan masalah mistik yg banyak sangat. Ini bermakna kami kena lalu jalan Gunung Emas yg berliku liku tapi ber 'scenery' yg cantik. Separuh jalan Bad tertidur kepenatan, herannya Abg Bear tak rasa penat atau mengantuk, cuma rasa excited... satu lagi pengalaman hidup yg sangat berbeza dari Abg Bear kat KL dulu.
Salam Sayang Beruang Madu
13 comments:
abg...saya mcm nak try benda2 lasak ni...tapi nak blajar swim dulu la...mcm best je join water rafting ni kan??
ini... crusing atas train ka, pergi rafting ni AB?? hehe
Wahida - sebenarnya tak perlu pandai berenang pun kalau nak rafting nih, just kuat semangat jer
anon - di sapa ni molot jahat nih, dua dua sekali tu
abang......
cakar3 geget!!!!
windu kat abang la......
mcm nak pergi sabah balik hari semata mata nak makan lokan bakar ngan abang. sponser tiket bleh... hehehehe
Zareena - hahahaha hahahaha hahahaha hahahahaha.... kalau abg jadi billionaire baru boleh lah.. doakan lah... free free je, jangan kata ke KK.. ke Alaska pun aku sponsor...
uwahhh...!!!kat atas train tu dah sebijik macam buruh paksa zaman Jepun yang nak kena hantar wat jambatan kat RIver Kwai... hehehe
Anon - hah!! buruh paksa badan montel montel cenggitu ker? tu makan burun kena paksa soh makan jer... hahaha
jom masuk jgn luper lirik nak... hehehe. kalu menang, leh bukak cawangan utk pakcik cumell. hehehe
abg bear, dah lama saya nak try water rafting ni tapi sampai sekarang tak berkesampaian. plan nak pergi dengan colleague tapi diaorang macam belum ready. entah apa la yang nak di ready kan pun tak tahu :)
wahhh..gambar tayang otot tak tahan tuh.hahaha..
Zareena - abang ingat ini sudah salah entry lahhhh
Faisal - Kalau takder kawan nak pegi pun takper... pegi sorang sebab kat sini ramai yang buat rafting tu... tak pegi sorang sorang punya...
Azim - alahai.. tu jer otot yang ada....
Post a Comment