Salam Sayang semua...
Ini satu kisah lama dulu masa Abg Bear ngan Dr Shah memula berpindah ke KK nih. Ada satu ketika tu kami rasa nak berjalan jalan lah keluar daerah untuk melihat lihat kehidupan masyarakat kat sini dan kebetulan pasa masa tu ada satu pesta, kalau tak salah pesta Silat ke gitu kat Papar. Jadi kami bertujuan ke sana lah selain dari tujuan yg paling utama kami nak ke daerah Kuala Penyu untuk melihat satu spesis monyet liar berhidung panjang yang popular di Borneo ni. Digelar orang monyet Probosis atau di Semenanjung dipanggil monyet Belanda. Ini lah kali pertama di Sabah ni yang Abg Bear berinteraksi dengan alam semulajadi dan mulai suka dengan benda baru ni.
Sebelum cerita pasal Silat dan monyet tu Abg Bear keluarkan, sukalah Abg Bear nak bercerita yang kami ni telah bermalam di tebing Sg Klias yang tenang airnya. Sg Klias merupakan salah satu sungai yang menjadi habitat yang sangat sesuai untuk pembiakkan monyet spesis ni. Ini disebabkan Sg Klias membekalkan tumbuhan yang merupakan makanan utama kepada monyet ni iaitu pokok bakau dan daun pokok bakau merupakan makanan mereka.
Kami telah menyewa salah satu chalet di sini untuk bermalam juga sebab selain dari kami nak melihat lihat monyet ni di waktu petang dan malam, kami juga ingin melihat kunang kunang yang dikatakan banyak ada di kawasan ni. Kunang kunang juga spesis yang bergantung hidup dengan pokok bakau ni selain ratusan spesis haiwan lain. Jadi kami pun bermalam lah. Tempat ni sederhana yg menyediakan chalet biasa hanya sesuai bermalam dan disediakan sekali dengan makanan tiga kali termasuk makan siang, makan malam dan minum petang dan oh yer sarapan juga.
Di sebelah petang, kami turun pertama kali ke air dan di bawa meronda disekitar Sungai Klias untuk mencari dimana monyet ni bermain main atau sedang beraksi. Tapi sayangnya pada waktu petang bukanlah waktu yang sesuai untuk ‘sightseeing’ sebab barangkali monyet ni dah kenyang dan kurang beraksi. Adalah dua tiga ekor tapi tidak begitu aktif dan lagi rombongan kami yang ikut sekali tu agak bising dan riuh menyebabkan monyet yang ada semua melarikan diri ke daratan.
Disebelah malamnya kami turun sekali lagi dengan kumpulan yang sama dan dalam gelap malam kami dapat melihat di mana monyet ni tidur dan juga dapat melihat kunang kunang yang hidup di dahan dahan pokok bakau ni. Tapi gelap malam telah menghalang kami dari mengambil gambar. Jarak monyet yang jauh dari sungai lebih lagi tak membenarkan so apa kami buat… kami tengok sajalah dan kemudian kami pulang untuk makan malam. Di sini tiada TV jadi malam tu kami hanya berborak borak dan tidur untuk bangun awal esok paginya. Keesokkan paginya, hanya kami berdua saja yang ada. Yang lain tu tak bermalam di sini.
Jadi lepas sarapan lebih kurang, kami pun bertolak dengan bot dalam sunyi dan sejuk pagi sampaikan lensa kamera kami berkabus. Tapi suasana pagi jauh lebih menarik berbanding malam sebab jumlah monyet yang keluar hampir 20 kali ganda banyaknya dari yang paling besar sampailah kepada yang kecik kecik. Suara mereka riuh rendah berebut rebut pucuk bakau dan masa inilah kita lihat bagaimana aktifnya mereka beraksi melompat dari satu dahan ke satu dahan. Kita akan dapat lihat bagaimana jika berlainan umur maka akan berlainanlah panjang hidungnya, yang tua akan lebih panjang hidung nya.
Lepas lebih kurang sejam begitu kami pun berangkat pulang ke KK. Oh yer chalet ni bukan betul betul berada di Kuala Penyu yer… ianya terletak dalam perjalanan ke sana dari pekan Beuford. Kalau nak ke sana kena bukak mata besar besar sebab signboard dia alahai kecik lah benor. Boleh juga nak bermalam di KK dan datang sini tapi akan terlepas lah bahagian pagi yang lebih menarik tu.
Salam Sayang Beruang Madu
6 comments:
nak tahu lagi tua kena tengok hidung yek..haha..apa lagi yang boleh diukur kepanjangannya..:p
naper gambar abang shah blur tuh..
ni pakai live writer tu ekk abang bear?best kan menatang tuh..:)
selamat berpuasa di hari ketiga..jangan nak buat buat uzur plak..:p
bang..menariknyer tido dalam utan tu. beraper harge challet tu? rasa mc nak pegi je suatu hari nanti.. ahaksss
Azim - wahhh soalan... kalau dia terkangkang tu nampaklah yang tua lagi panjang... hahaha... oh azim maksudkan ekor yer... sorry.. bebulan posa ni mencarut pulak...
Gambar tu sebenarnya gelap di ambil waktu malam... tu jer paling cerah boleh edit...
Yesss menatang tu best sangat... suka suka suka... akan terus digunakan lagi dan lagi...
Selamat berpuasa jugak yer Azim... abang dah puasa 14 hari dah dari Syaaban haritu...
Zareena - errrr harga dia agak mahallah... sebab campor makan minum sekali sampai 4 kali tuh... dah tu kat situ sebenarnya ada kubur... kat tetengah chalet tu.. dah nak balik barulah Dr Shah tunjukkan... baik tak usahlah... kalau nak jugak bermalam better kat Kuala Penyu jer
woo seram woo ini chalet...
Wa, best lah tempat tu. Jauh ker Klias tu dari KK? Josh suka sangat chalet atas air tu. Cantik!
Post a Comment