24 August 2010

KIERAN AND THE GANG - ARRIVAL DAY (DINNER)

Salam Sayang semua...

Malam pun tiba dengan tetamu tetamu di rumah Abg Bear dan setelah memasing hilang penat lepas tido sepetang tu, Dr Shah ngan Ham pun tiba lah ke rumah. Kami pun keluarlah untuk makan malam. Dulu masa kat KL, inilah kengkawan rapat Abg Bear, kawan bergaduh, kawan bergossip, kawan letak telefon, pendek kata kawan gelak gelak lah kecuali Ham yang ada kat KK.

Kami bergurau senda masa kat lif rumah Abg Bear... ramai orang dah bergurau senda kat sini kan... ko tengoklah mata Dr Shah tu.. tebeliak kemain lagik


Tempat kegemaran untuk seafood yang baik bagi kami dgn harga yang berpatutan ialah kat Tanjung Aru. Restoran ngan harga yang tak patut pun ada jugak, kalau nak makan boleh tapi korang bayarkan... hehehehe, tu harga kalau kami yang makan mau dekat 6 kali ganda dari kat sini.

Ini tempat makan pebret Abg Bear sampaikan kalau kat sana Abg Bear takyah order minum, angkat tangan jer dah tahu Abg Bear nak minum apa. Dari tokey sampai yang masak kat dapo tu kenal Abg Bear sebab kalau ada guest kat rumah, wajib bawak ke situ. Yang terasa tak dibawak tu mintak mahap yer. Agaknya time tu penuh schedule.

Jadi inilah yang kami makan malam tu sambil berchichat planning esoknya. Meh tengok apa yang kami makan malam tu. Simple jer tapi sangat sedap.

Ini ialah sambal pencicah untuk ikan bakar yang dibagi sorang dua... yang dekat ni macam sambal paste, yang jauh tu macam sambal asam gitu... biasanya Abg Bear campurkan jer
Air minum macam biasalah yek... ikut tekak memasing
Ini sayur campur yang kita pilih sendiri dan diorang masakkan. Kalau ada guest dan kita tanya nak makan sayur apa, biasanya diorang akan jawab... 'Eh.. up to you, up to you!!' sebab mereka tak kisah atau tak reti nak mengayakan, so inilah dia sayur 'UPTOU'


Ini pulak udang goreng tepung yang sangat sedap....

Inilah dia ikan bakar yang special tu dan malam tu Abg Bear pilih ikan sebelah. Sebenarnya ikan apa pun yang diorang ada kalau bakar memang sedap rasa dia. Tapi takleh makan selalu, mende sedap ni kalau selalu makan akan cepat muak. Ada satu lagi yang sedap iaitu sotong bakar dia tapi malam tu sotong takder lah pulak.
dan yang tinggal ialah daun pisang dan jugak


tengkorak...
Malam tu lepas makan kami tak kemana mana. Cuaca panas KK menyebabkan tetamu kali ni cepat letih, jadi untuk menyelamatkan tenaga yang baru disimpan tadi, memasing balik ke rumah dan buat therapy sendiri dan rumah Abg Bear bertukar menjadi Cyber Cafe. Segala mala ipad dan laptop semua bersidai kat meja makan.

Memacam lah diorang ni... ni yang Abg Bear rasa tertinggal sangat... ipad, malas deh aku nak mengejor teknologi nih, aku ada power boleh terbang ngan boleh gerak gerak barang sendiri sudah lah... dunia ni aku yang punya... hahahahaha


Selamat tido semua... selamat berpuasa (errr entry ni dibuat dalam bulan posa yer)

Salam Sayang Beruang Madu

5 comments:

Josh said...

Hahaha... tak perasan Shah terbeliak mata. Macam patung Bali yang mata besar sambil tunjuk taring.

Restaurant tu memang best! Makanan sedap dan harga memang murah. The best part, seafood kat KK memang fresh!

my-niezzareena said...

alamak... ini geng rambut halus ke... auwww

abg takde la nak ajak kami tido kat umh abg kan... cedih!!! hahaha

Beruang Madu said...

Josh - ya betulllll.... sedap memang sedap tapi takleh makan selalu... cepat muak...

Zareena - amboi berlapiknya cakap... ni geng botak bah...

Errr ajak tido rumah tu pakej lain tu... ko karang pengsan tengok umah aku... ehhh ada yek gambo...

my-niezzareena said...

pengsan tgk umh ke pengsan tgk badan sasa abg bila abg bukak baju. ngeee!!!!

Beruang Madu said...

Ena - ko kalau datang umah aku karang takleh blah.. memang tak secantik si Fahrin Ahmad tu lah... tapi dah dekat dekat cantiknya ngan Christiano Ronaldo... tak nanges ko dengar??