Abg Bear kepenatan hari ni tapi tak tahu kenapa. Biasanya kalau berlaku mcm ni aku akn cari sbb salah mkn atau termakan sesuatu yg baru. Tapi mungkin juga disbbkan terapi yg lately aku buat. Keletihan yg melampau. Pun gitu aku akn tinggalkan kpd teman2 pembaca dgn satu kisan dari Kerajaan Lama Thai (Ayutthaiyya) sebagai pengajaran. Cerita ini dipetik dari blog seorang teman Indera Kecana. Silakan....
Pada zaman dahulu, terdapat seorang raja yg adil memerintah Kerajaan Ayutthaiyya di Siam. Kegemaran raja ini akan mengembara dgn menaiki bahtera. Adapun, ketika mengembara, baginda akan membawa bersama menteri-menteri baginda serta juak-juak istana yg bertindak sbg pengayuh bahtera itu.
Pelayaran ini biasanya akan merentasi hutan tebal, perkampungan rakyat jelata, pelabuhan yang sibuk dan tidak kurang juga melalui jurang-jurang gunung yang sempit. Baginda amat menyukai pemandangan yang dikurniakan oleh Tuhan ke atas negara yang diperintahnya.
Selalunya ketika dalam pelayaran itu, baginda akan berbaring-baring atau duduk bermalas-malasan bersama para menteri sambil membicarakan soal rakyat. Dengan duduk secara santai itu, raja serta para menteri akan lebih selesa mengeluarkan pendapatan tanpa ada rasa tertekan yang boleh membantukan buah fikiran. Kadang-kadang raja dan menteri-menteri itu duduk menikmati alunan tiupan seruling dari biti-biti istana.
Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di sanubari Loy, seorang juak-juak yang menjadi pendayung bahtera itu. Lantas Loy menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Chun tentang ketidaksamaan layanan raja terhadap juak-juak dengan menteri diraja.
"Engkau lihat, menteri-menteri itu bersenang lenang berehat di dewan diraja. Sedangkan kita di sini berhempas pulas mengerah tenaga mendayung bahtera ini. Apa bezanya kita? Bukankah kita sama-sama manusia?" kata Loy. Chun hanya terdiam.
Perjalanan mereka lancar menyongsong arus. Akhirnya bahtera itu sampai di tepi sebuah kampung berhampiran dengan pelabuhan. Hari sudah merangkak gelap lalu baginda raja mengusulkan agar bahtera itu berhenti belayar sementara menanti hari esok. Sekelian anak kapal tiada bantahan.
Malam sunyi dengan bintang bergemerlapan di langit tinggi. Tiba-tiba tidur baginda raja terganggu dek salakan beberapa ekor anjing di kawasan berhampiran. Malam kian larut namun mata baginda raja tetap enggan lena. Baginda kemudian keluar dari kamarnya dan mengejutkan Loy yang sedang enak diulit mimpi.
"Bangun!! Cuba kamu pergi tengok, bunyi bising apakah itu?" tanya raja.
Dengan perasaan yang jengkel, Loy bangun lantas pergi ke tebing sungai melihat bunyi bising itu. Hanya bunyi anjing.
"Bunyi itu bunyi suara anjing, Tuanku" kata Loy
"Cuba kamu pergi tengok anjing itu jenis baka apa?" perintah Raja. "Baik" Sekali lagi Loy terpaksa ke tebing.
"Anjing itu baka tempatan, Tuanku" kata Loy
"Cuba kamu lihat berapa ekor yang besar dan berapa ekor yang kecil" perintah baginda.Sekali lagi Loy terpaksa berpatah ke tebing.
"Ada seekor anjing yang besar dan 4 ekor yang kecil" kata Loy mengetap bibir menahan geram.
"Cuba kamu lihat warna apakah anjing-anjing itu" perintah raja lagi.Loy semakin kepenatan menuju ke tebing sungai.
"Ada seekor berwarna hitam, dua ekor berwarna putih, seekor berwarna oren dan seekor lagi berwarna coklat"
"Kepunyaan siapakah anjing itu?" tanya raja lagi.Jiwa Loy semakin huru-hara dibikin oleh raja itu.
"Anjing itu kepunyaan seorang sami, Tuanku" kata Loy dlm kepenatan.
Raja itu kemudian mengejutkan salah seorang menterinya yang sedang berdengkur.
"Bangun. Pergi kamu lihat bunyi apakah bising sangat itu" perintah raja kepada menteri.
Menteri itu bangun lantas bergerak menuju ke tebing. Sementara Loy diarahkan supaya menunggu di sisi raja. Menteri itu pergi lebih lama daripada masa yang diambil oleh Loy. Setelah beberapa ketika, menteri itu pulang membawa sembah.
"Ampun Tuanku. Adapun bunyi itu adalah bunyi salakan anjing daripada kuil yang berhampiran. Anjing itu adalah baka tempatan dan terdapat 5 ekor semuanya. Ibu anjing itu berwarna hitam bersama 4 ekor anaknya yang 2 ekor berbulu putih, seekor berbulu oren dan seekor lagi berbulu coklat. Anjing-anjing itu semua kepunyaan sami yang menduduki kuil itu Tuanku" sembah Menteri itu.
Setelah itu menteri itu dibenarkan meneruskan tidurnya. Tinggallah Loy bersama-sama raja itu.
"Kamu tahu kenapa kamu menjadi pengayuh bahtera sedangkan dia menjadi menteri beta? Kamu terpaksa berulang alik sebanyak 5 kali untuk menjawab soalan beta sedangkan dia hanya perlu pergi sekali sahaja. Itulah yang membezakan kamu dengan dia walaupun kita sama-sama manusia.."