Jack kawan baik aku yg jumpa masa pesta gendang sedunia kat Dataran Merdeka arituh, baru balik dari kampung. Bersama-sama dia ialah serbuk kari yg aku pesan.
Serbuk ni buatan sendiri dari satu kedai India di Kota Tinggi dan bila wat masak kari apa pun memang sedap. Resipi keluarga diaorang.
Bila berziarah ke sana maka snappy2 lah sikit umah Jack ni. Rumahnya kecik di Precint 9 Putrajaya dan dihias bertema nusantara. Okaylah... asal hati puas.
Banyaklah cerita itu dan ini rakan2 lama yg jumpa dgn projek yg berbagai dan Jack juga ajar aku gunakan kamera hp dgn lebih baik... taklah sebaik DSLR Shah tu tapi lebih baik dari yg dulu.
Kami juga shopping ke Alamanda Putrajaya, pada aku lepas tengok hebatnya Sunway Piramid, Garden & Pavilion, Alamanda jauh ketinggalan di belakang.
Tapi kerana dia satu2 nya pasaraya besar yg ada kat Putrajaya ni, tempat ni jadi tumpuan terutama sebelah petang membawa ke malam. Segala macam hiburan tertumpu ke sini dan kata Jack, tak lama lagi akan dibuka cinema di sini. Hmmm... bolehlah...
No comments:
Post a Comment