19 January 2008

AFTER ONE YEAR

Pada tahun lepas, Shah, Hamdi dan aku ke Kuala Selangor utk tengok kunang2. Kami bermalam kat sana.

Hari ni tepat2 setahun, kami dtg lagi dgn lebih ramai ahli dgn tujuan santai hujung minggu. Heri, Arel, Shah, Aku, Max, Hamdi dan jugak Samsul aka Achul.

Pagi sblm pegi aku sempat lagi masakkan sup ketam utk Amri dan kami melawat dia lagi. Dan juga utk makanan tgh hari kami, Shah masak nasi lemak dan aku masak sambalnya.

Keadaan Amri tak bnyk berubah, platletnya baru jer naik ptg smlm selepas jatuh lagi ke paras 26K paginya. Petang ni naik sikit kpd 36K... lahai sikitnya, kalu nak jatuh laju kemain...

Amri nampaknya tak ceria, mungkin dia boring dan selera makan pun makin kurang dan pagi tadi lelangit berdarah katanya... entahlah, berserah jer lah!!!

semua ahli kelab dtg melawat tapi sup hari ni tak sesedap smlm kata Amri, hari ni berminyak sikit... sorry yer dik... abg ni tgh masak sambal ikan bilis, tu yg hilang concentrate sikit tu... alasan!!!

Lepas tu kami dgn 2 keta bertolak ke Kuala Selangor dgn tujuan Taman Alam. Makan tghari kat sana pas tu ke Bukit Melawati tengok sunset pastu dinner pastu balik.

Senang jer plan. Santai makan santai makan... balik membongkang besok montel... sesuai sangat!!

kami sampai jam 3 ptg lebih kurang, kemudian terus ke Taman Alam utk makan tgh hari...

pose cantik diambil dari tower kat Taman Alam... apa tujuan kat sini yer.. hutan kecil tmpt manusia mcm kita mendekati alam flora dan fauna...

sblm sunset kami ke Bukit Melawati utk bermain ngan monyet jinak kat situ... aku tak berani letak atas kepala ...geliiiii!!!!

dulu aku dtg mmg agak slim sikit tapi skrg dah montel balik... malas nak jaga makan... hantam saja... tapi exercise tetap exercise tau...!!!

Dinner di tepi sungai (Riverview Seafood Restaurant). Aduh mak, punyalah sedap makanan dia... memang kelass. 4 dari 6 lauk tu aku bagi 10/10, mesti dtg lagi mesti makan lagi... best sangat tau... please lah cuba kalau anda food lover!!!

Macam biasa review makanan ada kat blog Shah yer... hehehehe, jgn marah!!!

Oleh kerana cuaca bagai nak ujan... kami kensel plan nak tengok kunang2, lagipun dah lewat benar bila kami abis dinner.

No comments: