Masa aku kat Alamanda aku beli satu sayur kampung yg biasanya org asal dari bandar kurang minat iaitu jantung pisang!!
Kalau kat kampung tu korang kreatif dan tekak yg nak makan pun tak kisah, turun tanah jer dah bermacam jenis sayuran ada kat situ. Ini aku cerita sayur yg dikatakan eksotiklah yg jarang di makan. Contohnya jantung pisang, nangka muda, pucuk betik, pucuk malinja, daun cekur, pucuk ubi, betik muda dan memacam lagi lah.
Kan jarang kita jumpa kat kedai2 makan biasa kat KL... (kampung baru lain cerita... tu kampung... hehehe!!)
Hari ni utk makan siang (lewat lagi makan ngan Shah) selain dari sambel sotong yg lom abis lagik, aku masak rebus jantung pisang cicah sambal asam. Mudah dah ringkas... ok, mula!!
Jatung pisang disiang dan dibuang kelopak luar sampai ke kelopak yg cerah sikit (dalam 5/6 kelopak gitu). Pas tu potong-potong dan rebus dlm air yg dah digaramkan (sesudu dua) sehingga empuk. Dah empuk, keluarkan, tos, biarkan sejuk dan perah keluar airnya kemudian racik2kan. Sambal asam pulak...
Lada merah, lada cili (sesuka hati), bawang putih (seulas), air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumbuk semuanya dan bila dah lumat, campurkan air asam dan inilah dia taraaaaaaaa!!!!!!!!!
Bila nak makan amiklah mangkuk lain... campurkan sambal asam kpd jantung pisang, gaul dan sumbat ke mulut kemudian kunyah kunyah. Dah lumat telan... jadi jgn ada yg kata tak reti makan yer, aku dah ajor cara2 makan... senang jer..
No comments:
Post a Comment