23 January 2008

THE FANGED KING (RAJA BERSIONG)

Selepas ngantor King Kong (KK) ke Bangi aku balik update blog, take a short nap dan siap2 utk ke KLCC. Sbb mlm ni kami ada teatre 'Raja Bersiong' kat Dewan Philharmonik, KLCC. Bila Arel tak dpt pegi, kami ingat nak ajak KK, tapi masa kensel tu KK masih kat awan dan kami pun ajak ler Hanif. Jadi yg pegi tu Shah, aku, Hanif ngan Heri.

Sedikit pasal Raja bersiong...

Raja Bersiong adalah seorg raja yg sakti pemerintah Kedah dari keturunan Bota Gergasi iaitu org2 bertubuh besar dan bertaring (dulu ada, skrg dah pupus). Nama sebenarnya Raja Ong Maha Perita Deria yg berbudayakan gaya Siam.

Dewan Philharmonik dari luar.. dlm kena tengok kat website dia yerr...

Oleh kerana leluhurnya gemarkan darah maka dia pun terikut2 dan dari asalnya sukakan lauk bercampur darah, bertukar gemarkan darah sebenar. Bila seluruh tawanan habis dibunuh, rakyat pulak jadi mangsa.

Akhirnya dgn dipimpin oleh Raja Permaisuri, menteri dan rakyat memberontak. Raja Bersiong diusir menjadi rakyat biasa dan Raja Permaisuri naik memerintah Kedah purbakala. Abis...

Teater ini cukup kemas.... aku suka, ianya sebuah teatre tarian. Maknanya langsung takder dialog atau lirik, hanya tarian dan muzik saja. Kalu org tak tahu amendenya Raja Bersiong ni, mmg bingung. Hanif bingung tapi aku nak bercerita dlm tu karang kena sound plak. Jadi nanti abis jerlah aku cerita yer...

Tapi tariannya kemas, pakaiannya sesuai, pemilihan muzik sesuai, mimik muka berkesan... pokok pangkalnya teatre ni mmg bagus. Aku senang sekali... thanks Shah..

Dari 10 aku bagi 8. Kekurangannya tadi tulah...takder sebarang penerangan pada layar, hanya gambar istana saja. Kalau dulu di Jogja, teatre Ramayana aku tengok, ada penerangan kat layar walau takder dialog, jadi kita fahamlah napelah penari tu tertunggang terbalik kann...

KLCC bersiap2 menyambut Tahun Baru Cina

Anyway... gambar2 tu aku testing kamera hp aku.... leh tahan gak... dlm dewan takleh amik gambar...

No comments: