Pernah tak dengar hadis lebih kurang bunyi:
'Kalau kamu lihat maksiat, cegahlah dengan tangan, kalau tidak cegahlah dgn mulut, kalau tidak bencilah dgn hati, itulah selemah lemah iman"
Sebelum jadi Rasul, Muhammad sgt membenci maksiat yg berleluasa di Mekah masa itu sehingga dia berkhalwat di Gua Hira (ini selemah-lemah iman). Setelah dilantik, selama 13 tahun beliau mengajak musyrikin Mekah menyembah Allah s.a.w dgn mulut (ini iman kedua) dan setelah diperintah Allah meninggalkan Mekah ke Yathrib (kemudiannya Madinah), barulah umat Islam mengangkat senjata memerangi maksiat (ini iman paling tinggi).
Itu maksud hadis di atas untuk cegah maksiat. Bukan mana suka nak guna, kita guna! sedangkan iman kita tunggang langgang, pagi ada iman petang iman keluar...kitalah yg perlu berubah dulu...
"seluruh garam di laut tak dapat memasinkan ikan kerana ikan itu hidup tetapi sesudu garam di darat dapat memasinkan ikan kerana ikan itu mati!!"
Hanya jiwa yg hidup sahaja yg tak terkesan oleh sekitaran, jiwa yg mati...pasti!!!
SELAMAT MENYAMUT MAAL HIJRAH 1429H UNTUK SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA...
No comments:
Post a Comment