16 January 2008

SYNCHRONISED SWIMMING

Hari ni aku dan Shah turun kolam renang.

Dlm 3 tahun aku hidup kat VA ni, boleh kira ngan jari berapa kali aku turun kolam renang bwh tu. Padahal masa carik rumah dulu kemain sibuk lagi... mesti nak yg ada kolam renang.

Kalau sedara mara dtg nak mandi kolam renang pun aku soh pegi sendiri dan aku sibuk kat dapur.

beruang madu tengah memanaskan badan dan jugak kolam

Ini habit aku kalau kat mana2 tmpt berenang iaitu wat balancing badan dlm air. Jgn ingat abg bear besar gini takleh wat renang berirama... boleh, tapi keji sangatlah ropanya tu!!!

Ala-ala kalau sepuluh markah tu, satu markah pun org tak hingin nak bagi... saksikan...

sebelum bermula... berikan senyuman yg paling menggoda utk para penonton dan juri...

sedia utk tenggelamkan badan anda...

mulakanlah tarian bermula dari kaki ke udara... senang jer... tahan nafas dan junamkan kepala... ala ala terjun tiruk gitu...


Bermulalah renang berirama versi Beruang Madu... hehehehehe!!!

bila dah nazak sangat udaranya kat bawah tu, timbulkanlah diri sebelum anda terapung sendiri

sekali lagi berikan senyuman yg paling menawan yer...

dan cepat2 lah beredarlah dari kolam sblm dibunuh oleh penonton dan juri atas persembahan yg mencemar duli sangat.... tengok dari atas dah mcm dugong pulak!!!

Pihak penganjur mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada Shah Collection atas sumbangan gambar2 di atas.

Majulah Sukan Untuk Negara!!!

No comments: