17 January 2008

AMRI DITAHAN!!

Semalam di blog Shah ada cerita pasal kawan kami Amri yg diserang denggi.

Platlet dia turun dari 200K kpd 90K tapi naik semula selepas masuk air jadi 103K semalam. Jadi dianggap masih ok dan dibenarkan pulang.

ko tetaplah nak interframe kan Bear... keji tau!!!
Amri sakit, nak senyum pun payah


Pagi ni utk rawatan susulan, Amri mengadu muntah2 dua kali semalam dan badannya berbahang. Kulitnya ruam bintik kemerahan, bibirnya pecah kering dan lelangit dia dah mula berdarah.

Arghhhhhh..... aku kenal simptom ni. Dulu masa aku kerja jaga Nepalese selalu diorang kena demam ni dan Amri dah kira teruk.

muntah2, tangan ruam merah, bibir pecah,
tubuh lemah dan hilang selera makan


Aku rush ke hospital berdekatan tmpt Amri dirawat semlm. Platletnya jatuh menujam ke 59K dan mmg dah teruk. Kami jumpa Hamdi kat sana dan Amri terus dimasukkan ke wad ER.

Dia kemudian dipindahkan ke wad lelaki utk rawatan seterusnya.

Kesian aku tengok. Sepanjang aku kenal dia, Amri sorang yg gagah perkasa dan sihat sentiasa, tetiba terkulai macam tu... sedih Abg Bear... (Ziana... mak u macam mana???)

Lawatan tgh hari tadi aku tgk Amri dah ada selera makan... oklah tu, pas tu aku bawakkan apa2 yg patutlah, baju, kain pelikat, tuala serba sikit ngan air 100plus... dia nampak cerita... suke!!!

dah buleh makan lps tu terus rehat dan
bwh tu doktor dan houseman yg merawat Amri... thanks doktor...


Jadi tolonglah jaga kebersihan sekitaran kita, yg gagah perkasa gini boleh kena lagikan anak2 you all yg lemah, tak daya mak bapak nak berulang hospital nanti dan tak daya tengok anak tanggung sakit.

Mana demam lagi, mana kena cucuk lagi , mana amik sample darah lagi.

Take care!!!

No comments: