31 December 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Dengan ingatan tulus ikhlas dari kami golongan Beruang, baik Beruang Otai, Beruang Dubai, Beruang Madu, Beruang Kancing, Beruang Mulut Petir, Beruang Mentega, Beruang Susu, Beruang Google dan semua beruang beruang yg seangkatan dengannya dari semasa ke semasa hingga hari kiamat dengan ini mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2008

selamat maju jaya untuk semua di tahun tahun mendatang... jumpa lagi besok di tahun yg baru... azam baru aku?? sambung azam tahun lepas cuma upgrade lagik!!! abis....

MOVING ROCK

Batu bergerak dengan sendirinya di hmmmmm... tak tahulah pulak di mana... Amerika Utara kot...

Kenapa yer?? Nape jadi macam tu...







30 December 2007

MARI MAIN DAM AJI..!!!

YAAAAAA...MARI KITA MAIN DAM AJI!!! MARI SHAH MARI ERIN MARI TIJAH MARI SEMUAAAAA..... hehehehheeee mengarutlah Beruang ni



sorry Kak Red, kat kampung ni takder Chess...

OJAN TERIMA HADIAH...DI BENTONG!!

Pepagi benor diorang dah sms aku beritahu dah sampai Temerloh. Aku baru jer bangun tido.

majlis penyampaian hadiah kat kedai makan... macam menang bola pulak!!!

Hadiah Ojan kena sampai 'byhand' kat Bentong. Why Bentong?...sebab aku anggap Bentong ni pertengahan jln antara KL dan Jerantut... kira adil lah. Dari hilang kalau hantar by poslaju biar mengalah sikit.

Ojan dan rombongannya...bapaknya, abangnya Yus dan adiknya Shikin...

Sejam setengah aku sampai Bentong, Ojan serombongan sesat sebab ikut jalan lama. Aku dah makan dah apa bagai barulah diaorang sampai kat Medan Selera Kampung Baru, Bentong. Kat sini takder apa apa special untuk di klik klik kan jadi hanya ada gamba Ojan dengan handphone barunya, hp lama mana?? Awal awal dah kena sambar ngan kakak Ojan.


"Apalah... mintak handphone, mintaklah myvi sebijik baru puashati" Yus (dalam hati!!)

"Hotak ko Yus!!" Pak Itam (pun dalam hati!!)

"SPM dapat apa Pak Itam?" Ojan.

"11A baru ada hadiah. Takleh kurang. Laptop sebijik!!!" Pak Itam.

Aduh kalau dia dapatlah...muklisin lah aku....!!!

PESTA GENDANG SEDUNIA - DATARAN MERDEKA

Pesta Gendang sedunia berkemuncak di Dataran Merdeka malam tadi. Aku ke sana lepas maghrib ngan Shah dan anak sedara aku yg si Erin. Oleh kerana ada Shah maka gambar-gambar menarik aku serahkan bulat bulat kat blog dia...

Erin ngan gayanya dan Shah ngan SLR nya...tetaplah cam tu!!

So yg tinggal utk aku ialah permandangan indah Dataran waktu malam. Lama tak keluar keluar malam macam ni... Untuk yg di luar negara atau yg di luar KL, inilah dia Dataran Merdeka di waktu malam...

Dan inilah sedikit gambar pasal pesta gendang tu, tapi sebab kami terlalu jauh dari pentas utama, maka tak banyaklah yg dapat diambil. Hehehee aku bukan SLR lerr.. kamera kenit sama macam Kak Red punya tu jer.

Yang aku tak faham apasal rakyat biasa diletak jauh benor dari pentas, dah tu asyik suruh tepuk tangan jer...mampos tak hingin aku tepok!!! bukan dengar pun...

Seronoknya dapat jumpa kawan aku si Jack (Zahid) bekawan ngan aku sejak aku habis sunat lagi... berpuluh tahun tu!! ngan geng Putrajayanya. Tima kasih lah datang ke bandaraya pakcik yer nak (perasan!!!)

Shah, Jack, Sabran dan Wan... kiri ke kanan yer

Shah ngan peralatan perang dia..si SLR tu

bilalah diaorang nak baikki... bnyk sgt ker kerenah birokrasi nak baikki mende ni???

Kami balik awal kul 11 mlm sebab persembahan kedua Malaysia mengecewakan dan dah tak larat nak tunggu lagi beberapa negara termasuk Vietnam kesukaan aku tu... lrt pun dah last train...

29 December 2007

DALAM PERSAMAAN

Dapat phone call dari kawan lama, Dett (bukan nama sebenar). Seorang yg dah berjawatan besar dlm syarikat dia yet so polite to me, I respect him so much, still call me 'Abang' macam mula-mula kenal dulu walhal dah boleh nak dapat 'Dato' dah jawatan dia tu.

Dalam sopan santun tu, dah dua bininya, sorang Malaysian, sorang Indon high class punya. Ceritanya dia nak tukar warganegara dan nak bawak bini dua dua ke Australia. Ada jawatan besar dia dapat kat sana.

Aku tanya 'ko Dett dah fikir masak masak ker, itu negeri orang Dett'.

Dia jawab 'Dah... dah masak dah bang, saya skrg harus berfikir yg saya ni warga dunia dan bukan hanya warga Malaysia' Uiihhhh... kedu kejap aku..

'Kasihan dunia skrg bang, dlm bnyk persamaan, kita selalu cari perbezaan, warna kulitlah, agamalah, negaralah, negerilah, daerahlah, suku kaumlah... sampai terlupa kita ada satu persamaan iaitu kita kan sama sama manusia'

Aku terus terdiam... betul gak...hmmm..oklah! pegilah Dett..jangan lupa kat abang sudah.

Beruang Madu - uwaaaaaa.... nak gi New Zealand...!!!!

PESANAN SEBELUM KE 2008

Seorang lelaki berumur 92 tahun yg mempunyai selera tinggi, percaya diri dan bangga akan dirinya, selalu berpakaian rapi setiap hari sejak jam 8 pagi dgn rambutnya yg teratur meskipun dia buta, masuk ke rumah kebajikan hari ini.

Isterinya yg berumur 70 tahun baru baru ni meninggal sehingga dia terpaksa masuk ke rumah kebajikan.

Setelah menunggu dgn sabar selama beberapa jam di lobi, dia tersenyum manis ketika diberitahu bahawa biliknya dah siap. Ketika dia berjalan mengikuti penunjuk jalan, aku menggambarkan keadaan biliknya yg kecil dan sinki yg ada di tingkap biliknya.

"Saya menyukainya", katanya dgn teruja spt seorang budak yg baru mendapat anak kucing manja.

"Pakcik, kita belum sampai ke bilik lagi, tahankan dulu perkataan pakcik tu"

"Itu tak menjadi masalah", dia menjawab.

"Kebahagiaan adalah sesuatu yg kamu putuskan dari awal. Sama ada aku suka bilik aku atau tidak, tidak tergantung bagaimana perabotnya diatur tetapi bagaimana aku mengatur fikiranku"

"Aku sudah putuskan untuk menyukainya. Itulah adalah keputusan yg aku buat setiap pagi ketika aku bangun dari tidur"

"Aku ada sebuah pilihan;

  • aku boleh menghabiskan waktu di tempat tidur menceritakan kesulitan-kesulitan yg terjadi pada aku kerana ada bahagian tubuhku tak boleh berfungsi lagi,
  • atau turun dari tempat tidur dan berterima kasih atas bahagian-bahagian lain yg masih berfungsi".
"Setiap hari adalah hadiah, dan selama mataku terbuka, aku akan pusatkan perhatian pada hari yg baru dan semua kenangan indah dan bahagia yg pernah kusimpan. Hanya untuk kali ini dalam hidupku".

"Umur yg dah tua adalah spt simpanan di bank. Kita akan mengambil dari yg telah kita simpan".

"Jadi, nasihatku pada engkau adalah utk menyimpan sebanyak-banyaknya kebahagiaan di bank kenangan kita. Terima kasih padamu yg telah mengisi bank kenanganku. Aku sedang menyimpannya".


Ingat-ingatlah 5 aturan sederhana utk menjadi bahagia:

1. Bebaskan hati dari rasa benci.
2. Bebaskan fikiran dari kekhuatiran
3. Hiduplah dgn sederhana.
4. Berikan lebih banyak (give more)
5. Jgn terlalu banyak mengharap (expect less)

28 December 2007

8A, 1D

Anak saudara aku si Fauzan (Ojan) dapat 8A, 1D exam PMR yg lepas. Kureng asem punya budak... dia dah tau dia akan score maut punya... jadi awal awal sblm keluar result, dia dah mintak hadiah...

'Pak Itam, kalau kita dapat 7A dapat hadiah apa??' Dia tau dah senang2 jer dapat 7A tu...

Aku yg sibuk manjang masa kat Jerantut tu, selamba jer lah jawab... 'ko nak apa??'

'handphone!!' jawab laju.... huh! amik aku...!!

yang 1D tu bahasa arab. Dia kata yg tu tak per...janji tak gagal.

Sepanjang malam sms aku claim hadiah, takperlah sebab dia cemerlang, aku bagilah. Pepagi lagi dah ke Mines carik hp, tak perlu mahal, janji baru, janji ada kamera. Orait... breakfast kat sana, cari cepat cepat dan terus balik...

meatball marinara - dah macam bubur dah aku tengok!

turkey ham

cookies

breakfast lagi, lunch lagi, tea break lagi, dinner lagi... tu dia!!!

Ini dia hp tu... tak mahal sgt tapi utk budak sekolah mmg cukup. Ojan ko jgn komplen yer. Jaga bebaik, Pak Itam sagat sagat muka ko kalau tak jaga bebetul!!!

Jadi ini juga inspirasi utk anak anak sedara yg lain. Kalau cemerlang akan dpt hadiah...yg dah lepas sorry tak boleh kira.

Dan cemerlang tu maksudnya hanya 1 subjek jer yg takleh A, yg lain mesti A dan kalau semua A ada hadiah lagi baik punya... ingat Ainaa, Syukri, Akila, Arip dan ko jugak Nurul...

Belaja rajin rajin yer..... pesanan dari pihak penaja (Pak Itam korang).


p/s: Uncle Tom (Dr Shah) kata takleh hanto pakai pos laju nanti ilang, so nanti senang senang Pak Itam hanto sendiri ke sekolah ko kat Kuantan tu... sabo sabo yer!

PESTA GENDANG SEDUNIA

Pesta Gendang Sedunia 2007 bermula ptg tadi di Sg Wang Plaza tapi aku sempat pegi yg mlmnya saja kat Pasar Seni. Esok pun ada lagi kat Times Square dan kemuncaknya di Dataran Merdeka pada sabtu malam 29hb dari jam 8.00 malam.

5 negara menunjukkan bakat masing2 iaitu, Indonesia, Thailand, Vietnam, Jepun dan Malaysia.

Berikut pendapat aku ttg persembahan mereka,

Thailand... mmg menarik & menghiburkan...gendang?? cukup memuaskan.. aku bagi 6/10

Malaysia mempamerkan kelainan dengan alat musik dari bahan buangan spt basin, baldi dan dipukul spt gendang dan hanya ada satu jer gendang yg original. Yg satu ni lah menguasai latar bunyi persembahan ini...menarik dan menghiburkan (7/10)

Jepun, persembahan gendang yg bertenaga dari org2 tua Jepun... tapi bunyi gendangnya kurang power dan kalau tidak kerana kelincahan presenternya...persembahan mrk mmg membosankan. Aku bagi 6/10

Bisik bisik yg aku dgr sebelah menyebelah mengakui bahawa inilah persembahan yg paling menarik malam tadi. Gabungan gendang ala ala cina dan nafiri ala ala melayu meremangkan bulu roma dan menggentarkan jantung.

Ang Klung Theatre dari Vietnam mempunyai beratus ratus penggendang tapi kerana pentas kecik hanya 20 yg muat. Korang bayangkan kalau semua diaorang bawak... bergema seluruh KL nih. Penari mereka pun cantik cantik sangat dan talented dlm bergendang. They are the best tonite...aku bagi 9/10.. memang best... pakai merah lagi Kak Red oiiii....segala baju dan gendang semuanya... kelasss!!

Indonesia perserta terakhir malam ni tapi agak mengecewakan. Kalau pesta gendang maka gendanglah yg patut banyak, bukan angklung atau mende lain. Tapi wakil Inodnesia melebihkan tarian dan nyanyian berbanding gendang itu sendiri. Penarinya... alahai macam bibik rijek jer..!! Tamo bagi ratelah...

Sila lah beramai-ramai ke Time Square esok petang jam 4 dan Sabtu jam 8 mlm. Abg Bear ada kat sana... heheheheheee

27 December 2007

PERGINYA SEORANG PEJUANG

Aku dikejutkan dgn berita kematian Benazir Bhutto dlm satu rapat politik hari ini. Ramai yg tak sukakan beliau kerana terlalu pro-barat, tapi aku sangat menghormatinya kerana selama-lama dia berpolitik, dia sangat hormatkan demokrasi yg gagal dibina oleh lelaki lelaki di negaranya, Pakistan.


Beliau menggelarkan dirinya 'Daughter of the East' dan politik di Pakistan sememangnya penuh dgn darah, kotoran, kejahatan dan dalam dunia wanita yg terkebelakang dan tertindas, beliau tampil menjadi juara dan hanya kematian sahaja yg boleh menghalangnya... dia wanita hebat dan ditewaskan di hujung senjata oleh lelaki lelaki bacul di negaranya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam syurga. Mungkin kita tak nampak kebaikkan beliau tetapi Allah pasti nampak. Al-fatihah.

MIRA KE VET...

Mira dah besar. Dlm usia 4 bln badannya hampir sama dgn kucing lain berusia 6 bulan.

Jadi dah boleh disunatkan (vaksin lerrr..). Selepas dok ngan kami, ini kali pertama Mira naik keta, kali pertama keluar rumah dan of course kali pertama ke klinik haiwan kerajaan. Lihatlah aksi Mira di sana:

wajah takut ya amat kat dlm keta

wajah2 takut Mirawan tengok kucing lain kat sana, takmo turun siap kuku benam kat baju aku tu...

bila dilepaskan, semua benda pelik pada dia, nasib la dia tak serang kucing lain kat situ...

Ini lak aksi dia bila dalam bilik sunat tu..

Dia diam jer, tak macam Merry atau Pippin, tak lari lari, tak jerit jerit, best lah anak jantan Daddy ni... tak menyusahkan..

dah siap!! Mira ditenangkan oleh Shah...tapi masih trauma jugak... budak... biasalah!!

Selain dari dia, ada beberapa lagi kucing lain yg dtg dirawat, pun kami wat manja manja tapi habis semua kena sergah ngan si Mira ni... garang sehhh!!!

kucing berbulu musang... comelnya... dtg nak dimandulkan.. beranak jer kerjanya!!

kucing parsi berbulu hitam, hidung penyek ...pendiam sangat...

ini paling aku suka... baby persian cat... manja bila aku peluk... jadi perhatian sebab lincah... memain ngan wayar blue tooth aku, sayangnya kucing orang...

dan on the way balik kami nampak org bawak anjing dlm keta, pas tu keluar kepala lagi.. bestnya kalau Mira ngan Merry macam tu...

p/s: semua gamba disumbangkan oleh Shah Collections, tima kasih Shah.