Pada hari ini 12 Disember 2007 (02 Zulhijjah 1482H), Azronul Huda binti Azhar (Tijah Murai) selamat dinikahkan dgn pasangannya Mohd Razif bin Zolputeri (Ajib) di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dgn maskahwinnya RM80.00 tunai dan dgn hanya sekali lafaz shj. Hah... amik ko... korang baca ni pun takleh sekali lafaz....
Inilah perkahwinan yg sgt melegakan aku yg ditunjuk sebagai abg tua dlm hidup Tijah Murai dan terpandang sbg wakil utk keluarga Tijah. Tijah pernah dicabar yg perkahwinan ini takkan berlaku tapi aku yakinkan dia dan dgn peranan besar keluarga Ajib, Atuk-Opah Tijah dan kawan-kawan rapat Tijah sendiri, pernikahan ini berlangsung juga.
Memang aku lega... yg teramat-amat. Hilang sakit demam aku berhari hari ni. Aku juga 'salute' pada Tijah yg bersungguh-sungguh ingin menjayakannya dgn susah payah dan hasilnya memang menggembirakan aku.
Dan sebagai hadiah, aku belanja diorang makan kat tempat kegemaran aku...sekali lagi Bora Ombak, Ampang..... hehehehehe jangan marah!!
Pesanan ikhlas dari Abang pada kamu Tijah:
Sesungguhnya wanita itu insan yg terhormat tetapi kehormatannya ditingkatkan bila dia bersuami, jadi peliharalah tingginya kehormatan tersebut!!!
SELAMAT PENGANTIN BARU TIJAH MURAI DAN AJIB, ABANG DOAKAN KORANG KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT...
Ini beberapa gambar kenangan hari indah tersebut:
p/s: Jutaan terima kasih kepada jurugambar (Shah Ramblings) atas ihsan gambar yg menarik di atas. Sapa-sapa nak makan kat Bora Ombak masa kahwin...haaa jadik kan aku abang angkat korang..... hehehehehee...berlawaklah!!
No comments:
Post a Comment