Pesta Gendang Sedunia 2007 bermula ptg tadi di Sg Wang Plaza tapi aku sempat pegi yg mlmnya saja kat Pasar Seni. Esok pun ada lagi kat Times Square dan kemuncaknya di Dataran Merdeka pada sabtu malam 29hb dari jam 8.00 malam.
5 negara menunjukkan bakat masing2 iaitu, Indonesia, Thailand, Vietnam, Jepun dan Malaysia.
Berikut pendapat aku ttg persembahan mereka,
Thailand... mmg menarik & menghiburkan...gendang?? cukup memuaskan.. aku bagi 6/10
Malaysia mempamerkan kelainan dengan alat musik dari bahan buangan spt basin, baldi dan dipukul spt gendang dan hanya ada satu jer gendang yg original. Yg satu ni lah menguasai latar bunyi persembahan ini...menarik dan menghiburkan (7/10)
Jepun, persembahan gendang yg bertenaga dari org2 tua Jepun... tapi bunyi gendangnya kurang power dan kalau tidak kerana kelincahan presenternya...persembahan mrk mmg membosankan. Aku bagi 6/10
Bisik bisik yg aku dgr sebelah menyebelah mengakui bahawa inilah persembahan yg paling menarik malam tadi. Gabungan gendang ala ala cina dan nafiri ala ala melayu meremangkan bulu roma dan menggentarkan jantung.
Ang Klung Theatre dari Vietnam mempunyai beratus ratus penggendang tapi kerana pentas kecik hanya 20 yg muat. Korang bayangkan kalau semua diaorang bawak... bergema seluruh KL nih. Penari mereka pun cantik cantik sangat dan talented dlm bergendang. They are the best tonite...aku bagi 9/10.. memang best... pakai merah lagi Kak Red oiiii....segala baju dan gendang semuanya... kelasss!!
Indonesia perserta terakhir malam ni tapi agak mengecewakan. Kalau pesta gendang maka gendanglah yg patut banyak, bukan angklung atau mende lain. Tapi wakil Inodnesia melebihkan tarian dan nyanyian berbanding gendang itu sendiri. Penarinya... alahai macam bibik rijek jer..!! Tamo bagi ratelah...
Sila lah beramai-ramai ke Time Square esok petang jam 4 dan Sabtu jam 8 mlm. Abg Bear ada kat sana... heheheheheee
No comments:
Post a Comment