16 December 2007

RIANG RIA BERUANG MADU

Aku ke Port Dickson (PD) dgn 5 member lain utk terima hadiah harijadi, apartment percutian 2 bilik dari Remy. Besor & selesa apt tu. Kalau aku tahu gini besor, lagi ramai kawan aku bwk.

Remy dan Beruang Madu berlatarbelakangkan apt tu...kelassss!!!

Takder aktiviti2 khas, datang dan have fun..tu jer...semua Remy tanggung kecuali makanlah. Lepas bersalam peluk cium bagai, kami terus ke Umbai, Melaka. Apa lagi.... makannn!!!

aku pernah try kat Restoran Parameswara jer, lain tak pernah!!

siput buluh yg sedap banget!... gambar makanan lain sila ke blog Shah..

sebahagian suasana membeli belah kat Umbai. Lain tu kedai makan!

Kalau yg tak pernah ke Umbai ni, dianya tempat makan ikan bakar dan makanan laut yg popular di Melaka ni. Nak ke sana cemana?? Haaa... kenalah bawak pakcik sekali yer...

Sebelah malam kat PD, apa jerlah nak dibuat. Kami karaoke kat apmt tu... lewat tapi sempat...hmmm... nyanyi lagi!!

Beruang test lagu..sebelah tu Heri aka OtaiBear dan Aeril dan Amri dan Sham

Sebenarnya ke sini sambut besday 2 org, Heri (OtaiBear) pd 04 Dis dan Aku pd 14 Dis. Jadi berkek-keklah pagi besoknya

belum mandi dah kena kejut ngan Remy, terus potong kek... 'Epi Besdei Heri & Me'

Apa aktiviti? Pagi mandi kolam renang pas tu ke laut pas tu balik kolam pas ke laut lagi pas tu kolam lagi..last penat..tido jap, ptg ke Teluk Kemang, jenjalan..tu jer lah..tapi santai dan fun...

Aku di Teluk Kemang...makan dan shopping...santaiiii!!!

Dua shot sebelum balik awal malam tadi...dah takleh nak senyum...letih sgt main air!!

Tapi sebelum tutup entry, setinggi-tinggi terima kasih utk Remy, & juga pemberi 2 adiah di atas, OtaiBear (dan Aeril) dan juga Hamdi. Tak lupa juga jurugambar kali ini dari Shah Studio.

No comments: