Isterinya yg berumur 70 tahun baru baru ni meninggal sehingga dia terpaksa masuk ke rumah kebajikan.
Setelah menunggu dgn sabar selama beberapa jam di lobi, dia tersenyum manis ketika diberitahu bahawa biliknya dah siap. Ketika dia berjalan mengikuti penunjuk jalan, aku menggambarkan keadaan biliknya yg kecil dan sinki yg ada di tingkap biliknya.
"Saya menyukainya", katanya dgn teruja spt seorang budak yg baru mendapat anak kucing manja.
"Pakcik, kita belum sampai ke bilik lagi, tahankan dulu perkataan pakcik tu"
"Itu tak menjadi masalah", dia menjawab.
"Kebahagiaan adalah sesuatu yg kamu putuskan dari awal. Sama ada aku suka bilik aku atau tidak, tidak tergantung bagaimana perabotnya diatur tetapi bagaimana aku mengatur fikiranku"
"Aku sudah putuskan untuk menyukainya. Itulah adalah keputusan yg aku buat setiap pagi ketika aku bangun dari tidur"
"Aku ada sebuah pilihan;
- aku boleh menghabiskan waktu di tempat tidur menceritakan kesulitan-kesulitan yg terjadi pada aku kerana ada bahagian tubuhku tak boleh berfungsi lagi,
- atau turun dari tempat tidur dan berterima kasih atas bahagian-bahagian lain yg masih berfungsi".
"Umur yg dah tua adalah spt simpanan di bank. Kita akan mengambil dari yg telah kita simpan".
"Jadi, nasihatku pada engkau adalah utk menyimpan sebanyak-banyaknya kebahagiaan di bank kenangan kita. Terima kasih padamu yg telah mengisi bank kenanganku. Aku sedang menyimpannya".
Ingat-ingatlah 5 aturan sederhana utk menjadi bahagia:
1. Bebaskan hati dari rasa benci.
2. Bebaskan fikiran dari kekhuatiran
3. Hiduplah dgn sederhana.
4. Berikan lebih banyak (give more)
5. Jgn terlalu banyak mengharap (expect less)
No comments:
Post a Comment