25 December 2007

REHAT SEKEJAP

Cerita 1 (Kisah Mekanik Dengan Doktor)

Seorang mekanik sedang keluarkan kepala silinder motokar bila dia terpandang seorang doktor bedah yg terkenal menunggu di luar bengkel tersebut. Doktor tu tengah tunggu Pengurus Servis kat situ keluar tengokkan keta dia.

Mekanik tupun panggil doktor tu 'Doktor! Boleh ke mari kejap?'

Dgn sedikit terkejut doktor tu pun menuju ke mekanik tu. Mekanik tu pun tegakkan badan dia, lap tangan dia ngan tuala dan bertanya dgn gaya semacam.

'Jadi Doktor, tengok sini... aku pun bukak dada, keluarkan salur salur, tampal, tukar bahagian baru dan bila ni semua selesai, ianya akan seperti baru. Jadi kenapa ko boleh dapat gaji lebih besar sedangkan kita berdua buat kerja yg secara dasarnya sama?'

Doktor tu bongkokkan badan dan berbisik pada mekanik tu

'Cuba buat semasa enjin dia masih hidup!!'

Beruang Madu punya komen- hehehhehehehehehehehe - Hambik ko!!!

Cerita 2 (Kisah Sedu - hiccup)

Seorang lelaki berlari masuk ke sebuah farmasi dan bertanya pada pagawai farmasi di situ kalau dia boleh bagi sesuatu untuk masalah 'sedu'.

Tetiba pegawai farmasi tu keluarkan tangan dan menampar muka lelaki tu.

Lelaki tu menjerit 'Heyyyyyy!!! Apa yg ko buat ni haaa??? Apasal ko tampar aku??'

Jawab pagawai tu 'Haaa...sekarang ko dah takder masalah sedu kan???'

Kata lelaki tu 'Ya!! memang aku dah tak ada BODOH!!...tapi bini aku kat keta tu masih ada!!!'

Beruang Madu punya komen - hahahahahhaha - laen kali jangan memandai...

No comments: