Pesta Gendang sedunia berkemuncak di Dataran Merdeka malam tadi. Aku ke sana lepas maghrib ngan Shah dan anak sedara aku yg si Erin. Oleh kerana ada Shah maka gambar-gambar menarik aku serahkan bulat bulat kat blog dia...
So yg tinggal utk aku ialah permandangan indah Dataran waktu malam. Lama tak keluar keluar malam macam ni... Untuk yg di luar negara atau yg di luar KL, inilah dia Dataran Merdeka di waktu malam...
Dan inilah sedikit gambar pasal pesta gendang tu, tapi sebab kami terlalu jauh dari pentas utama, maka tak banyaklah yg dapat diambil. Hehehee aku bukan SLR lerr.. kamera kenit sama macam Kak Red punya tu jer.
Yang aku tak faham apasal rakyat biasa diletak jauh benor dari pentas, dah tu asyik suruh tepuk tangan jer...mampos tak hingin aku tepok!!! bukan dengar pun...
Seronoknya dapat jumpa kawan aku si Jack (Zahid) bekawan ngan aku sejak aku habis sunat lagi... berpuluh tahun tu!! ngan geng Putrajayanya. Tima kasih lah datang ke bandaraya pakcik yer nak (perasan!!!)
Kami balik awal kul 11 mlm sebab persembahan kedua Malaysia mengecewakan dan dah tak larat nak tunggu lagi beberapa negara termasuk Vietnam kesukaan aku tu... lrt pun dah last train...
No comments:
Post a Comment