13 December 2007

NAK BERJALAN ATAS AIR??

Ini satu nasihat kpd salah seorang pembaca blog saya, Eita dgn masalah anak saudaranya, kesian dia. Tapi dik, Abang ni tak bagi nasihat direct, harap boleh faham.

Aku pernah dgr pepatah arab bunyi cemni: 'Kalau manusia bersatu hati, nak berjalan atas air pun mudah tapi kalau manusia berpecah hati, nak berjalan atas bumi pun susah'

Ini ada 2 cerita macam biasa nak terangkan sikit pasal pepatah di atas:

1) Kisah Tahun Gajah - Tahun Gajah ialah tahun kelahiran Rasullullah (s.a.w). Pada masa tu pemimpin tertinggi Mekah ialah datuk baginda sendiri iaitu Abdul Muttalib. Tujuan Abrahah hanyalah utk memusnahkan Kaabah dan bukan membunuh sebarang jiwa. Oleh itu semua penduduk Mekah diperintahkan keluar dari Mekah dan mereka semua lari ke gunung-gunung sekitar Mekah lalu berdoa pada Allah dgn sepenuh hati supaya Kaabah diselamatkan.

Namun setelah berhari-hari, bantuan dari Allah tetap tak sampai. Sebelum menyerang Kaabah, Abrahah telah memanggil Abdul Muttalib ke khemahnya dan bertanya apakah permintaan terakhirnya sebelum Kaabah dilanggar.

Jawab Abdul Muttalib: 'Aku mahukan unta untaku yg telah dirampas oleh bala tentera mu Abrahah'

Abrahah marah sekali dgn sikap Abdul Muttalib. Mengapakah unta yg dikisahkan dan bukannya rumah ibadat tersebut? Abdul Muttalib beritahu: 'Unta itu aku yg punya, jadi akulah yg menjaganya, Kaabah itu ada yg empunyaNya, jadi Dia lah yg menjaganya' (lebih kurang begitulah yer...)

Unta Abdul Mutallib pun dikembalikan dan barulah beliau berangkat ke gunung dan ikut sama-sama berdoa seperti yg lain. Kemudian barulah angkatan burung ababil pembawa batu berapi di datangkan Allah lalu memusnahkan tentera Abrahah.

Walau seorang sahaja yg hatinya tidak memikirkan perkara yg sama, bantuan Allah takkan datang. Hati manusia harus bersatu dulu baru bantuan Allah datang.

2) Kisah Fitnah Saydatina Aishah r.a (isteri Rasullulah)

Kisah ni tersirat dalam lagu Siti Nurhaliza 'Nirmala'. Siti Aisyah tertinggal ketika pulang dari satu jemaah bersama Rasullulah kerana buang air telah diselamatkan oleh seorang sahabat yg menunda angkatan tersebut dari belakang dan membantu membawanya pulang.

Melihat keduanya yg bukan muhrim dan isteri orang lagi berdua-dua sahaja maka Madinah dilanda fitnah kononya Sy Aisyah telah curang. Malah Rasullulah sendiri terkesan dengan fitnah ini kerana sayangnya pada isterinya itu tapi tak mampu berbuat apa-apa kecuali berdoa. Setelah beberapa lama bantuan dari Allah tetap tak datang sedangkan fitnah terus kuat.

Tahukah kenapa?? Kerana Siti Aisyah sendiri tidak tahu bahwa beliau difitnah. Beliau hanya mengetahuinya dari pangasuhnya stlh beberapa lama fitnah tersebut membaluti suasana Madinah. Setelah tahu barulah Siti Aisyah berdoa minta diselamatkan dari fitnah tersebut dan pada masa itu juga bantuan Allah sampai dengan turunnya ayat Al-Quran membersihkan nama beliau.

Hanya setelah semua bersatu hati satu fikir barulah bantuan Allah sampai.

Jadi buat Eita, kalau ada ahli keluarga awak tak mahu ikut serta dalam masalah awak, tinggalkan dia dan yg lain bersatu hati dan fikir. Insyallah bantuan Allah akan sampai. Doa saya buat baby melati...semoga selamat dan semuh! Amin...

No comments: